Tiket Konsert Afgan Mula Dijual


Ewahewah, nampaknya peminat jejaka bersuara lunak ini dapat berhibur dengan penyanyi yang popular dengan lagu Jodoh Pasti Bertemu ini dengan penganjuran konsert solonya September depan. Afgansyah Reza, bintang Indonesia yang lebih dikenali dengan nama Afgan kembali ke Malaysia untuk sebuah konsert Afgan 'Sides' Live in Malaysia 2016 yangbakal diadakan di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur pada Sabtu, 3September 2016, jam 8 malam. Konsert satu malam anjuran Dazzling Lifestyle ini sebagai menyokong kemunculan album terbarunya, Sides, selepas tiga tahun kemunculan L1ve To Love, Love To L1ve.

Menerusi album ini, lagu Afgan dikatakan kedengaran lebih matang dan lebih variasi berbanding dengan album terdahulu. Menerusi buah tangan terbarunya ini, Afgan tetap menggabungkan unsur blues, elektronik dan orkestra,  walaupun berpegang teguh pada irama R&B.

Tiket untuk konsert ini mula dijual pada harga RM188 (Gangsa), RM288 (Perak), RM388 (Emas), RM488 (Platinum), RM588 (Diamond) dan RM788 (Diamond VIP untuk pakej sesi bertemu peminat). Seramai 500 pembeli awal pula layak untuk menikmati diskaun 10 peratus bermula 11 Julai hingga 17 Julai untuk mana-mana kategori tiket, kecuali Diamond VIP, tertakluk kepada terma dan syarat.


Tiket boleh didapati melalui TicketCharge menerusi laman sesawang www.ticketcharge.com.my atau menerusi talian +603 9222 8811. Untuk mereka yang ingin mendapatkan tiket Diamond VIP bolehlah menghubungi talian +603 7982 5523 mulai 11 Julai. Pakej eksklusif itu membolehkan pembeli mendapatkan tempat duduk di tiga baris pertama di hadapan, pas untuk sesi latihan, bergambar dengan Afgan, album yang ditanda tangani serta poster konsert. Semua harga tiket adalah termasuk 6% GST dan yuran pemprosesan RM4.


Konsert ini dianjurkan oleh Dazzling Lifestyle, Trinity Optima Production sebagai syarikat pengurusan artis, SRC sebagai Label Rekod, Sinar FM sebagai Stesen Radio Rasmi, Red Box dan Green Box sebagai rakan kongsi promosi, TicketCharge sebagai Ejen Tiket dan Sega Irama sebagai penyokong bahagian teknikal.
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan