Terkini: Dude, Aliff Amie Qanda Kemalangan Awal Pagi Ini


Ewahewah mendapat perkhabaran duka pagi ini mengenai dua anggota kumpulan Qanda, Mohd Firdaus Baharom atau Dude, 30 dan Muhammad Aliff Tukiman (Aliff Amie), 23, mengalami kemalangan di Lebuhraya Utara - Selatan kira-kira jam 9 pagi ini. Menurut Pegawai Perhubungan Awam Rusa Music, Hazirah Tahar, kedua-dua artis naungan mereka itu dalam perjalanan menuju pulang ke Johor Bahru dari Kuala Lumpur selepas selesai penggambaran muzik video lagu terbaru mereka, Wanita Setia.


Keadaan kereta yang remuk

Selepas menghantar seorang lagi anggota Qanda, Noor Daniel Shah Shah Rudin ke Melaka dan meneruskan perjalanan selepas bersahur, Dude yang memandu kereta Vios berwarna putih dikatakan terlelap sebelum hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan. Mereka juga bernasib baik kerana ketika kereta itu berpusing, sebuah lori hampir dilanggar mereka.

Kerana pelanggaran itu, kereta yang dinaiki mereka remuk pada beberapa bahagian. Bagaimanapun, mereka dilaporkan selamat dan mengalami luka-luka kecil.

Dude dan Aliff membuat laporan polis


Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan