Rumah Terbuka Johara Meriah!



Ewahewah, nampaknya warga stesen radio popular Era FM juga tidak ketinggalan meraikan Syawal tahun ini, khususnya menerusi rancangan pagi popular JoHaRa Pagi Era yang menganjurkan siaran luar Rumah Terbuka JoHaRa baru-baru ini, sama seperti yang pernah dilakukan mereka sejak beberapa tahun lepas. JoHaRa turut meraikan 40 tetamu istimewa dengan mengadakan pelbagai aktiviti, bertujuan untuk merapatkan lagi silaturahim bersama rakan artis, tetamu istimewa dan pihak media.

Bertempat di Suka Sucre Cafe milik Dato' Fazley Yaakup, acara turut dimeriahkan dengan barisan artis tempatan seperti Siti Nordiana, Forteen, Syamel AF, Sufi AF, Wani Kyrie, Achey dan ramai lagi.



Menurut Pengurus Kanan Kandungan Era FM, Nazri Noran, stesen yang dikemudinya itu sentiasa mencari kelainan dengan mengadakan aktiviti yang rapat dengan jiwa pendengar. Katanya, tahun ini mereka memilih untuk menganjurkan Rumah Terbuka JoHaRa bersama kumpulan anak istimewa yang seharusnya diraikan.

"Harapan kami, acara sebegini dapat diteruskan supaya ikatan silaturahim keluarga Era FM bersama artis dan masyarakat setempat menjadi lebih rapat," kata Nazri.

Seperti biasa, penyampai popular Johan, Haniff dan Ray ternyata membuat tetamu yang hadir tidak kering gusi menyaksikan telatah mereka yang lucu.





Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan