Pengubahan Wang Haram: Artis Popular Dicekup?


Ewahewah, gempar satu Malaysia hari ini apabila seorang pelakon popular yang juga seorang pengarah dikatakan ditahan pihak berkuasa setelah terbabit dengan jenayah pengubahan wang secara haram. Aktor berusia 44 tahun yang pernah tampil sebagai pengkritik program realiti televisyen itu dikatakan ditahan bersama-sama 13 lagi individu, termasuk dua orang bergelar Datuk yang juga pengasas dan 'orang kuat' skim yang mempunyai keahlian seramai 500 ribu orang dengan jumlah kutipan wang sebanyak RM35 juta.

Menurut sumber, dalam tangkap yang dilakukan pada 20 Julai 2016 itu menahan sembilan lelaki dan empat wanita yang disyaki terbabit dalam skim berkenaan. Pelakon berkenaan pula adalah antara mereka yang melindungi kegiatan itu selain menyediakan kemudahan bagi skim sama beroperasi.

Sebanyak 176 laporan polis dibuat terhadap skim berkenaan pada tahun 2016 yang menyebabkan kerugian sebanyak RM10.5 juta. Beberapa kereta mewah turut dirampas termasuk jenama Range Rover Evoque, Mercedes Benz, Honda Accord, Volkswagen, Toyota Caldina, Toyota Prius, Toyota Vios dan Proton. Mengikut sumber berkenaan juga, beg berjenama dan barang kemas turut disita. Jumlah nilai rampasan dalam Operasi Nuri 2 (2016) itu dikatakan hampir RM1 juta. Sejumlah buku akaun bank, kad ATM, borang pelaburan, telefon dan komputer turut dirampas.

Berdasarkan sumber sama, antara mangsa skim berkenaan termasuk guru dan artis. Buletin Utama TV3 turut menyiarkan berita mengenainya. Sejauh mana kebenaran laporan ini, kita tunggu dan lihat.

EE: Nak kaya, jadi kayap!

Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan