Kisah Berdarah Pembikinan Video Muzik Qanda


Ewahewah, bukan main ramai media yang 'menyerbu' kumpulan yang semakin meningkat naik ini untuk ditemuramah selepas muncul dengan buah tangan sulung mereka menerusi lagu Cinta Yang Sempurna sedikit masa dulu. Malah, mereka melonjak popular selepas lagu sama menjadi runut bunyi drama Duda Terlajak Laris tidak menang tangan pula dengan undangan persembahan di seluruh negara apatah lagi dibarisi lima jejaka tampan yang menjadi pujaan ramai.

Namun, insiden yang berlaku ketika pembikinan video muzik mereka untuk lagu terbaru, Wanita Setia memang menggemparkan. Apa tidaknya, salah seorang daripada ahli kumpulan itu tercedera sehingga berlaku pendarahan akibat aksi spontan yang tidak disengajakan seorang lagi anggota kumpulan sama. Bukan mereka sahaja, semua kru dan kakitangan Rusa Music yang turut sama menghadiri penggambaran juga tergamam seketika.

Qanda yang dianggotai Mohd Firdaus Baharom atau Dude,  Noor Azlan Shah Shah Rudin (Aslan), Noor Daniel Shah Shah Rudin (Daniel) Muhammad Nooredaman Othman (Edaman) dan Muhammad Aliff Tukiman (Aliff Amie) mengakui terkejut dengan insiden berkenaan. Perkara berkenaan berlaku apabila dua ahli kumpulan yang juga adik-beradik, Aslan dan Daniel yang sedang melakukan tarian seperti yang dikehendaki pengarah bersebelahan. Dalam satu aksi, siku Aslan mengenai hidung Daniel sehingga menyebabkan pendarahan sekali gus penggambaran terpaksa dihentikan seketika.

Dari kiri: Edaman, Aliff Amie, Daniel, Aslan dan Dude

"Saya ketika itu tidak perasan Daniel berada rapat di belakang sebelah kanan saya menyebabkan pelanggaran yang agak kuat sehingga mencederakannya. Mujurlah tiada apa yang serius," ujar Aslan yang kelihatan risau melihat keadaan adiknya sendiri tercedera akibat kelalaiannya. Bagaimana pun, kedua-dua adik penyanyi Asfan Shah ini bersikap profesional dan menganggap perkara itu sebagai kemalangan kecil.

video
Video kejadian punca kecederaan Daniel

Bercerita lebih lanjut mengenai video muzik Wanita Setia, sebenarnya Qanda menyahut cabaran peminat yang meminta mereka menari seperti yang dinyatakan menerusi komen yang dikongsi melalui media sosial. Mengakui tarian adalah perkara baru, kelima-lima anak muda ini tegar berlatih untuk memberikan sesuatu yang berbeza buat peminat. Bagaimana pun, halangan yang ditempuhi juga bukanlah sedikit.

"Seperti yang dijangka ada antara kami yang tersalah tari, malah ada beberapa idea kami bercanggah sesama sendiri yang ada kalanya menyebabkan ketegangan antara kami. Tetapi kami anggap itu sebagai perkara biasa kerana masing-masing inginkan hasil yang sempurna. Bukan mudah untuk menyatukan lima 'kepala' menjadi satu, tetapi syukur segalanya berjalan lancar," kata Edaman.

Qanda bersama kru produksi dan Pengurus Perhubungan Awam Rusa Music, Farina Sayed Mohamed

Mengimbau kejayaan lagu pertama mereka, Cinta Yang Sempurna sehingga membawa Qanda ke peringkat lebih tinggi, mereka percaya kekuatan terletak pada lagu mereka yang mudah diingati liriknya. Malah, melodi yang dicipta memudahkan penerimaan pendengar membuatkan ramai yang boleh menyanyikannya bersama-sama.

"Kami amat berterima kasih kepada Asfan Shah selaku pencipta dan penerbit lagu kerana percaya dengan bakat kami serta sentiasa meletakkan kami ke depan," ujar Dude.

Dude

Aliff Amie


Daniel

Edaman

Aslan

Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan