Doktor Kejar Cinta Ustaz


Ewahewah, nampaknya kisah cinta antara pegawai tentera dibawa ke layar kaca menerusi drama slot Akasia bermula 13 Julai. Drama bersiri berjudul Sayangku Kapten Mukhriz yang juga adaptasi novel tulisan novelis, Sophilea membariskan bakat baharu, Raja Afiq yang membawa watak Kapten Ustaz Mukhriz serta Niena Baharun yang berlakon sebagai Dr Ariana Dahlia sebagai tonggak utama. Drama bersiri 28 episod ini diterbit Creative Skill Solution, mendapat arahan pengarah, Idora selain mendapat sokongan pelakon popular seperti Fezrul Khan, Hafizudin dan Noniswara.


Kisah bermula apabila Ariana terpaku melihat wajah Kapten Ustaz Syed Mukhriz Al-Attas, seorang pegawai Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ketika kali pertama berjumpa pada majlis doa selamat yang dianjurkan abangnya, Leftenan Izzudin (lakonan Fezrul Khan). Wajah Mukhriz mengingatkan Ariana kepada seseorang sehingga saat itu, Ariana sering membayangkan Mukhriz, malah dia memberanikan diri untuk mengejar cinta jejaka itu.


Ariana merayu kepada abangnya untuk menolongnya, membuatkan Izzudin serba salah. Izzudin dapat merasakan yang Ariana betul-betul ikhlas mencintai Mukhriz dan akan bahagia jika dijodohkan berdua. Akhirnya, Izzudin bersetuju memberi nombor telefon Mukhriz kepada Ariana. Sejak itu, Ariana mula menyelidik slatar belakang Mukhriz sehingga berani mengintip Mukhriz di pejabat. Namun, Ariana tidak sedar bahawa dalam masa sama Mukhriz juga memerhatikannya dan sentiasa tersenyum melihat aksi lucu Ariana.

Untuk mengenali Mukhriz dengan lebih rapat, Ariana kembali berkhidmat di kem tentera di Lumut, Perak. Secara peribadinya Ariana menganggap Mukhriz sebagai calon suaminya. Pelbagai cara dilakukan untuk memikat hati Mukhriz. Izzudin pula menasihatkan Ariana supaya jangan terhegeh-hegeh dengan Mukhriz kerana Mukhriz bukanlah seorang yang mudah jatuh cinta.


Ariana bagaimanapun tidak mudah mengalah sehingga dia memberanikan diri melamar Mukhriz menerusi kiriman mesej telefon. Walaupun jawapan Mukhriz tidak menunjukkan minat yang sama tetapi dia masih memberi harapan kepada Ariana lantaran Mukhriz tidak pasti adakah Ariana itu ialah jodohnya.

Saksikan kesudahan kisah Kapten Ustaz Mukhriz dan Dr Ariana Dahlia pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.58 petang menerusi slot Akasia.
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan