Dhalan Zainuddin Pula Terlantar Akibat Angin Ahmar


Ewahewah dan seluruh warga kerja sekali lagi mendapat berita sedih melalui perkongsian mengenai pelakon dan penyanyi veteran, Datuk Dhalan Zainuddin yang dikhabarkan terlantar di Hospital Kuala Lumpur, akibat diserang angin ahmar. Berita mengenainya dikongsi seorang lagi penyanyi wanita popular 1980-an, Sahara Yacob menerusi laman Facebook miliknya. Dia juga meminta orang ramai menghebahkan berita itu memandangkan ramai tidak mengetahui keadaan Dhalan ketika ini.


Dhalan atau nama sebenarnya Mohd Dahlan Zainuddin, 75, popular dengan lagu Kisah Seorang Biduan dan pernah berlakon di samping Gaya Zakry menerusi filem berjudul sama lagu berkenaan. Dhalan juga pernah menjadi pengacara rancangan popular sekitar 1980-an menerusi stesen RTM, Hiburan Minggu Ini. Pemenang Persembahan Keseluruhan Terbaik, Bintang RTM 1975 ini juga dikurniakan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) daripada Sultan Pahang pada 2014 yang membawa gelaran Datuk.

Pada September 2005, Dhalan pernah menjalani pembedahan pintasan jantung ketika berusia 64 tahun, selain pernah dijangkiti kuman pada paru-paru sehingga dimasukkan ke hospital buat kali kedua akibat penyakit sama, Mac tahun lalu.

Dhalan berkahwin dengan penyanyi era 1970-an, Datin Effa Rizan, 54. Selain lagu Kisah Seorang Biduan, antara lagu lain yang pernah dirakamkan termasuk Laguku Untukmu, Bersama Lagu Ini, Wajah-Wajah Cinta dan Joget Kaki Lima.
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan