Datuk Aziz Singah Meninggal Dunia



Ewahewah mendapat perkhabaran sedih mengenai pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Singah, 75, meninggal dunia jam 11.40 malam, 1 Julai 2016 di kediamannya yang terletak di Taman Putra Permai, Seri Kembangan. Sebelum ini Allahyarham dimasukkan ke Institut Kanser Negara, Putrajaya untuk rawatan sebelum dibawa pulang ke rumah dan meninggal dunia dua jam selepas itu di hadapan isteri, anak dan menantu.

Berita disahkan anak Allahyarham, Ruzaimei Aziz menerusi laman Facebook miliknya.




Seorang lagi anak Allahyarham turut memuat naik pemberitahuan kematian ayahnya


Allahyarham menghidap kanser prostat sejak beberapa tahun lalu dan kansernya disahkan berada pada tahap empat sebelum meninggal dunia. Menurut sumber, jenazah akan dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan untuk dikebumikan.


Suasana di sekitar kediaman Allahyarham malam tadi

Ewahewah mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Abdul Aziz Singah.
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan