Artis Baru Dendang Raikan Raya Sempena Aidilfitri


Ewahewah, nampaknya Aifilitri tahun ini cukup meriah dengan penglibatan banyak syarikat rakaman yang menerbitkan lagu raya baru. Tidak ketinggalan, label baru Kantjil Music yang menerbitkan sebuah lagu raya berjudul Raikan Raya. Lagu ini berentak pop etnik moden, dinyanyikan artis baru naungan syarikat berkenaan. Gubahan Mohaid yang juga vokalis kumpulan rock BLiZ serta Nino, lirik lagu ini ditulis pelatih sepenuh masa dari MUSICA, Idzhar Jumali.

Video muzik Raikan Raya

Lagu ini didendangkan artis generasi muda Kantjil Music dari pelbagai latar belakang termasuk Jes Ebrahim (United Nation-UNEP Tunza Global Youth Advisor for Asia Pacific Region), Hafiz Zainal (pemenang Anugerah Sosial Media NOVA, Anugerah Planet Muzik 2013), Mohaid (vokalis kumpulan rock BLiZ), Harris Alif (pemenang Idola Kecil musim 3), Feeya Iskandar (penyampai radio Sinar FM), Erul Samah (naib johan KPOP Star Hunt musim 2 dan peserta Akademi Fantasia 9), Azeera Azizi (bekas peramugari dan wakil bowling Pahang untuk SUKMA) dan Nik Qistina dari Universal Music.

Lirik Raikan Raya

Indahnya sinar sang suria
Cahaya lebaran pun menjelma
Mengumpulkan kita semua
Meraikan bersama-sama

Kusingkap jendela hari ini
Dengan senyuman manis berseri
Tak sabar rasanya dihati
Ingin menyambut Aidilfitri

Hari raya, kami bergembira
Saling bersua bertemu mesra
Dan hari raya, kami nantikannya
Juadah enak nan berselera

Selamat Hari Raya
Indah suasana
Jalin kemesraan

Selamat Hari Raya
Harmoni bersama
Tiada sengketa
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan