The Shambles Band Yakin Lagu Buat Orang Menangis


Ewahewah, bukan main teruja sekumpulan anak muda ini menjejakkan diri dalam dunia seni muzik tanah air secara serius, apatah lagi kini mereka bernaung bawah sebuah syarikat rakaman yang mula melebarkan sayap mereka dengan kejayaan kumpulan naungan mereka, Projector Band. The Shambles Band, artis terbaru bawah syarikat MAP Music tidak menyembunyikan keyakinan mereka untuk berjuang mempertontonkan bakat mereka, sekali gus mengharapkan keajaiban seperti yang dicipta Projector Band.

The Shambles Band, kumpulan berasal dari Klang, Selangor ini mengetengahkan irama Pop Alternatif dan tampil dengan lagu pertama mereka berjudul Tuhan Tolong Aku. Dianggotai empat anak muda iaitu Shamin selaku vokalis dan pemain gitar, Haridz (dram), Eska (bes) dan Paan (gitar), memulakan aktiviti bermain muzik di beberapa gig kecil sebelum mengambil keputusan untuk terjun ke dunia muzik komersial.

Dari kiri: Paan, Haridz, Shamin dan Eska

Bercerita mengenai permulaan kisah mengikat kontrak bersama MAP Music, menurut Shamin, mereka menghantar muzik 'demo' ciptaan sendiri kepada syarikat rakaman itu. Mereka juga tidak menyangka buah tangan sulung mereka diterima dan lagu Tuhan Tolong Aku dipersetujui sebagai 'kelahiran sulung' mereka.

"Lagu ini liriknya penuh dengan metafora, selain susunan muziknya berbeza dengan band sedia ada memandangkan kami membawa ideologi berbeza dalam muzik. Jalan cerita lagu ini mengisahkan seseorang yang putus harapan dalam cinta, dan hanya Tuhan sahaja tempatnya mengadu. Saya yakin ada pendengar yang akan menangis apabila mendengar lagu ini," ujar Shamin.

The Shambles Band bersama artis dan kakitangan MAP Music

Untuk mereka yang mahu mengenali mereka dengan lebih rapat, boleh melayari laman Facebook rasmi mereka iaitu The Shambles Band dan mengikuti mereka menerusi Instagram @shamblesband.official.
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan