Stacy Balas Kenyataan Biadab Gadis


Ewahewah, dalam kemeriahan umat Islam menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan yang mulia dan bersiap sedia menyambut Syawal, ada juga perkara kurang enak berlaku menerusi media sosial. Malam tadi penyanyi yang juga isteri kepada artis popular Akim Ahmad, Stacy berkongsi satu imej berupa tangkap skrin mengenai kenyataan biadab seorang pengguna Twitter yang melemparkan perkongsian kurang enak menerusi akaun peribadinya. Pengguna yang dipercayai seorang gadis itu melemparkan kata kurang enak membawa maksud pasangan Stacy dan Akim sombong apabila berada di khalayak. Namun, apa yang lebih memedihkan ialah pelbagai kata-kata kurang sedap didengar turut dimuat naik sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati kepada Stacy atau nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam.

Antara kenyataan yang dimuat naik oleh pengguna yang menggunakan nama @anisfithrah dengan gambar profil dirinya bertudung kelabu, berkaca mata serta bertelinga dan berhidung anjing adalah seperti; "By the way, we met akim and stacy at ioi just now, they were acting super bitchy, what a snob", "sombongπŸ˜’ kitorg tegur pastu buat kitorg tak wujud, diorg jalan je buat muka ketat lol tak hadap pun, bukannya grammy holder pun", "tu bukan jahat tapi sombong πŸ˜‚ takyah sapot, dia bukannya bagi kau duit raya pun"; dan "dari af lagi support dia? Dia wkt af dulu buruk kot! Loyal sial kau".

Kenyataan yang dimuat naik seorang pengguna merujuk kepada pasangan Akim dan Stacy

Kenyataan berkenaan kemudiannya menarik perhatian Stacy lalu memuat naik semula imej tangkap skrin berkenaan menerusi laman Instagram miliknya, @stacyanam.

Perkongsian Stacy menerusi laman Instagram miliknya


Assalamualaikum..terlebih dahulu saya nak cakap yang saya tak de niat nak AIBkan sesiapa. Ye la memang nasib kami ja yang diaibkan. saya tidak pernah marah sampai begini..Adik ku sayang dah lah ini bulan ramadhan pastu ayat-ayat awak tidak kena dengan penampilan awak.. Ceritanya, malam tadi kami pergi membeli barang- barang rumah di homepro, memandangkan baru pindah rumah petang tadi..dikesibukan mencari barang, ramai juga yang menyapa kami dan kami siap buat macam meet and greet lg depan kedai tu, yalah bersyukur orang-orang yang sukakan kita selalu mendoakan yang terbaik untuk kita, jadi kami memang berbesar hati dan menghargainya sangat, terima kasih Alhamdulillah, ramai juga yang kami jumpa tadi. Macam mana adik ni boleh cakap kita gitu? Maybe kita tak berapa dengar. Walaupun kami menyanyi tapi pendengaran kita sama sahaja tau, tiada yang hebat suara, sampai semut pun boleh dengar. So kesimpulan nya saya tak kisah awak nak buruk kan kami tapi saya kesian dan nak nasihatkan awak yang ayat-ayat yang awak pakai tu tak cool atau swag la..memalukan diri, lagi-lagi dengan penampilan awak..saya minta maaf jika terkasar bahasa cuma kami juga punya hak..Hak untuk bersuara. Kami manusia juga seperti anda, rasa sakit juga kalau dicarut..jangan salah gunakan laman sosial untuk mencerminkan perwatakan anda. Kita orang MALAYSIA tiada pegang Grammy Awards pun tak pe.. Awards menghormati antara satu sama lain lagi HEBAT!☺️πŸ˜‰ selamat bersahur....

Nampaknya, perkara seperti ini semakin serius di kalangan pengguna media sosial hari ini. Menggunakan kata-kata kurang adab akan menimbulkan pelbagai kesan pada kemudian hari. Malah, lebih ramai pengikut Stacy mula membalas kenyataan berkenaan kerana marah dengan sikap pengguna itu. EE rasa, adalah lebih bagus jika pengguna Twitter berkenaan memohon maaf secara terbuka kerana menyinggung hati orang lain, apatah lagi sepatutnya dia memberi contoh yang baik kepada saudara baru seperti penyanyi itu.

EE: Tak mati dikeji. 
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan