Sinar FM Anjur Pasar Percuma



Ewahewah, nampaknya warga stesen radio kesayangan ramai ini semakin mendekatkan diri mereka dengan masyarakat. Terbaru, Sinar FM menganjurkan pasar percuma atau Free Market Sinar yang mana segala barangan diberi percuma kepada pengunjung dan pendengar yang hadir. Projek Sinar FM dengan kerjasama Kengkawan Project sempena bulan Ramadan ini turut mengalu-alukan sesiapa saja yang memiliki barangan terpakai yang masih dalam keadaan baik atau apa sahaja barangan keperluan harian untuk menyumbang kepada mereka yang memerlukan.


Sinar FM sebelum itu mengalu-alukan penglibatan orang ramai mendaftarkan diri di laman sesawang rasmi Sinar FM  iaitu www.sinar.fm untuk menjadi sebahagian penyumbang. Penyampai Sinar FM terbabit termasuk Shuib, Rahim, Salih Yaacob, Abby Fana, Feeya Iskandar dan Jamal Jamaluddin berada di lokasi Free Market Sinar yang diadakan dua kali termasuk Taman Permainan Taman Muhibbah, Kajang dan Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara.


Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan