Mark Adam Curi Minum Dalam Bilik Air Ketika Berpuasa



Ewahewah, macam-macam cerita artis kita berpuasa dalam bulan Ramadan. Tidak ketinggalan, penyanyi yang kini popular dengan lagu Berat ini. Semua maklum penyanyi ini seorang mualaf berasal dari Pulau Cebu, Filipina dan kisah pengalaman berpuasa pada kali pertama memeluk Islam diceritakan sendiri isterinya pada Majlis Berbuka Puasa dan Beramah Mesra Bersama Media anjuran Music Valley dan Rusa Music di Hotel Parkroyal, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Menurut isterinya, Norazah Redzuan ada suatu ketika suaminya itu kelihatan segar bugar dan begitu bertenaga sehingga menimbulkan rasa pelik. Pada mulanya dia langsung tidak meletakkan sebarang syak wasangka walaupun pada kebiasaannya Mark kelihatan begitu tidak bermaya ketika menjalani ibadah puasa. Bagaimana pun, tembelang Mark akhirnya dapat dihidu setelah dipaksa isterinya membuat pengakuan.

Kata Norazah yang lebih mesra disapa Izan, Mark kemudiannya mengaku curi-curi minum air di dalam bilik air kerana tidak tahan berpuasa. Walaupun geram, tetapi perkara itu akhirnya menjadi jenaka antara mereka. Maklumlah, bukan mudah berpuasa bagi mereka yang tidak terdidik sejak kecil menjalani rukun Islam ketiga itu. Menurut Izan, kini Mark sangat disiplin dalam berpuasa selepas hampir 15 tahun bergelar Muslim.

EE: Yang Islam sejak kecil pun ada yang tak reti berpuasa.
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan