Kanser Tahap Empat, Datuk Aziz Singah Kini Terlantar


Ewahewah, siapa tidak mengenali pelakon veteran yang juga bekas Presiden Seniman yang cukup popular dengan iklan jenama teh popular sedikit masa dahulu. Nama Datuk Abdul Aziz Singah, cukup sinonim dengan drama dan filem tanah air. Namun, kini anak kelahiran Negeri Sembilan itu terlantar setelah menghidap penyakit kanser prostat tahap empat dan mendapatkan rawatan di Institut Kanser Negara, Putrajaya.

Datuk Aziz Singah dan isteri, Datin Zunita (sumber gambar: Facebook Datin Zunita)

Berusia 75 tahun, pelakon ini menghadapi penyakit berkenaan sejak enam tahun lalu selain pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) 16 tahun lalu, bagaimana pun dihinggap penyakit kanser prostat pula. Bagi mengurangkan sel kanser merebak, Aziz menjalani pemeriksaan berkala setiap tiga bulan bagi memastikan keadaan kesihatannya tidak semakin buruk. Sebaliknya, kanser yang dihidapinya disahkan kini berada pada tahap empat.

Datuk Aziz Singah sewaktu sidang akhbar Worldstar 2016

Walaupun sakit, lelaki yang dikenali dengan imej rambut putih ini tidak pernah berhenti aktif sepenuhnya termasuk dilantik sebagai Penasihat Worldstar 2016, malah muncul sihat ketika sidang akhbar yang diadakan beberapa bulan lalu. Isterinya, Datin Zunita Mohamed turut setia di sisi suaminya. Semoga Datuk Aziz Singah kembali sihat seperti biasa.



Anak Datuk Aziz Singah turut berkongsi gambar bersama keluarga di Institut Kanser Negara

Sumber gambar utama: Facebook Badrul Shah
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan