Ibu Aznil Meninggal Dunia Pagi Ini


Ewahewah menerima perkhabaran duka awal pagi ini mengenai kematian ibu kepada pengacara popular, Datuk Aznil Haji Nawawi yang meninggal dunia awal pagi Isnin menerusi laman Facebook personaliti televisyen itu sendiri. Mengikut perkongsian yang dimuat naik, ibunya Hajah Norbaiti Haji Surur meninggal dunia pada jam 12.56 tengah malam, 27 Jun 2016. Beberapa jam sebelum itu, Aznil sempat memuat naik kenyataan: "Semoga Allah berikan kekuatan untuk kami sekeluarga. Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk hamba-Nya". Bagaimana pun, status berkenaan tidak menggambarkan situasi sebenar yang berlaku terhadap keluarganya.

Ketika berita ini ditulis, perkongsian berkenaan menerima lebih 6200 komen, rata-rata mengandungi ucapan takziah daripada peminat, rakan media dan rakan industri hiburan tanah air.

Buat masa ini, masih belum ada berita lanjut yang diterima. Kami di Ewahewah.com mengucapkan salam takziah kepada Aznil dan seluruh keluarga. Al-fatihah.

Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan