Buku Resipi Dato' Fazley Menang Tempat Pertama


Ewahewah, tahniah kepada insan hebat yang juga seorang penyanyi, pencipta lagu, pakar motivasi, personaliti televisyen dan Juara MasterChef Selebriti Malaysia, Dato’ Fazley Yaakob atas kemenangan buku resipi pertamanya, My Sucre Story, pada pertandingan The World Gourmand Cookbook Awards dalam kategori Buku Resipi Terbaik Oleh Personaliti TV Luar Eropah, bersama-sama Ana Maria Braga dari Brazil serta Judy-Ann Santos Agoncillo dari Filipina untuk tiga tempat teratas. Mereka adalah chef personaliti terkenal di negara masing-masing.

Pelancaran My Sucre Story di Paris, Perancis

Mac 2016 lalu, Dato' Fazley sempat melancarkan buku berkenaan di Singapura setelah melancarkan buat kali pertama Oktober tahun lepas di Kota Paris, Perancis dengan kerjasama Le Cordon Bleu Paris yang juga tempat pengajiannya sebelum ini. Buku yang mengandungi 35 resipi ini turut memuatkan rancangan menu seperti Rendang Uwan, Daging Masak Lemak Cili Api, Madagascar Vanilla Creme Brulee, Popcorn Macaron dan kuih tradisional Puteri Mandi. Ada antara resipi berkenaan berasal dari Negeri Sembilan yang juga negeri kelahiran Dato’ Fazley. Selain itu, buku ini turut memuatkan resipi moden dan manisan Perancis untuk cita rasa anak muda yang ingin mencuba memasak dan membuat pastri untuk kali pertama.

Pelancaran My Sucre Story di Singapura

The World Gourmand Cookbook Awards umpama upacara Oskar dan Olimpik untuk penulis buku masakan. Tahun ini, pengumuman pertandingan berkenaan diadakan di Yantai, China bersempena festival makanan di sana. Pertandingan ini bermula pada 1995,  memberi pengiktirafan kepada chef yang menghasilkan buku resipi unik dan berkualiti dari seluruh pelusuk dunia. Pengumuman pertandingan buku resipi ini sering kali diadakan di Paris, Perancis; Frankfurt, Jerman dan Barcelona, Sepanyol. Pada 2006 lalu, Kuala Lumpur pernah menjadi tuan rumah acara berprestij ini.
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan