Aziz Harun Gabung Lagu Raya M Nasir - Saloma


Ewahewah, tidak lama lagi seluruh umat Islam bakal menyambut lebaran. Tidak ketinggalan, masyarakat kita yang tidak pernah lekang dengan lagu raya setiap kali Aidilfitri menjelang. Mengambil kesempatan itu, penyanyi Aziz Harun yang mula mendapat perhatian dengan lagunya Senyum dan Beautiful turut tampil dengan sebuah lagu raya medley berjudul Satu Hari Di Hari Raya & Selamat Hari Raya yang baru sahaja dirakamkan baru-baru ini bersempena Aidilfitri 2016.

Video Muzik Satu Hari Di Hari Raya & Selamat Hari Raya

Gabungan lagu asal Datuk M Nasir dan Biduanita Negara, Saloma, penyanyi berasal dari Brunei Darussalam ini mengubahsuai lagu berkenaan dengan mendendangkannya dalam versi akustik. Sememangnya lagu yang diberi nafas versi sebegini sesuai dinyanyikan penyanyi itu berdasarkan kepakarannya bermain gitar selain alunan suara merdu jejaka itu.


Bagi peminat lagu raya, jangan lepaskan peluang menceriakan Aidilfitri dengan lagu medley Satu Hari Di Hari Raya & Selamat Hari Raya oleh Aziz Harun yang boleh didapati menerusi platform digital seperti Spotify (http://spoti.fi/1Uzkblw), iTunes (http://apple.co/1UZmDO5), KKBox (http://bit.ly/1UmgX3r), Deezer (http://bit.ly/1UChQCv), Raku, Joox dan juga Apple Music bermula  17 Jun 2016.
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan