Astro Oasis Tayang Sesi Mengaji Al-Quran Secara Langsung


Ewahewah, ternyata masyarakat kita masa kini mengambil keberkatan Ramadan bagi menambah amalan sepanjang bulan mulia ini. Tidak ketinggalan, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) yang menjalinkan kerjasama bersama Kumpulan Media Karangkraf dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapat sokongan padu saluran Astro Oasis, membawakan program Sejam Bersama Al-Quran, atau #MalaysiaNgaji buat tahun kedua, serentak di seluruh Malaysia.

Kali ini, lebih banyak penyertaan diterima bukan sahaja daripada daripada rakyat Malaysia, tetapi termasuk yang berada di luar negara seperti Australia, Mesir, Turki, Amerika Syarikat, Indonesia dan Arab Saudi. Menariknya kali ini, program sejam bersama Al-Quran ini turut mendapat sokongan daripada negara jiran, Indonesia melalui Lembaga Tadabbur Al Quran yang menggerakkan #IndonesiaNgaji sempena #MalaysiaNgaji.

Astro menyiarkan siaran langsung program #MalaysiaNgaji yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya, 24 Ramadan bersamaan 29 Jun ini mulai jam 12 tengahari sehingga 1 petang, menerusi Astro Oasis, saluran 106 dan Maya HD (135). Selain menerusi kaca televisyen, orang ramai boleh menonton #MalaysiaNgaji secara dalam talian menerusi ‘live streaming’ melalui laman sesawang www.salammuslim.com.my.
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan