Artis Bawah Umur Diganggu Mesej Lucah Artis Realiti


Ewahewah, kata orang bulan Ramadan ini syaitan dan iblis dibelenggu. Tetapi tak sangka pula dalam bulan mulia ini masih ada yang buat hal tak senonoh. Terbaru, rakan EE baru-baru ini bercerita mengenai perangai buruk seorang artis realiti televisyen yang kerap menghantar mesej berbaur lucah menerusi aplikasi WeChat kepada seorang lagi artis. Bagaimana pun, si penerima mesej masih bawah umur dan kedua-dua mereka adalah lelaki!

Menurut rakan EE, dia membaca sendiri mesej yang dihantar oleh artis realiti berkenaan menerusi telefon bimbit artis bawah umur itu. Lebih menghangatkan, mesej sama turut dibaca oleh bapa artis bawah umur berkenaan yang mengakui sentiasa memantau apa saja mesej yang diterima anaknya. Nasib baiklah bapa artis bawah umur itu tak mahu perbesarkan cerita dan sekadar menyuruh anaknya tidak terlalu melayan perbualan daripada artis realiti berkenaan.

Kata rakan EE, dia pun tak sanggup tengok mesej yang dihantar. Walaupun bunyinya seakan-akan bergurau, namun jumlah imej lucah sungguh banyak. Ada saja ayat tersirat yang digunakan bagi menarik perhatian artis bawah umur itu. Malah, jika dibaca dengan teliti ternyata artis realiti berkenaan seolah-olah ingin mengajak artis bawah umur itu melakukan seks songsang.

EE akui wajah artis bawah umur itu memang comel, malah menjadi kegilaan ramai. Tetapi yang peliknya dia bukan sahaja 'diganggu' artis realiti itu sahaja, malah ada juga artis senior yang turut sama menghantar mesej berbaur 'kasih sayang tak berbelah bagi'. EE risau juga kalau gejala pedofilia mula menular dalam masyarakat.

EE: Jagalah kelas, tak usah menjadi terlalu murahan!
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan