'Katakan', Pertaruhan Harris Baba


Ewahewah, kacak sungguh penyanyi yang mendapat jolokan Zayn Malik Malaysia ini. Memulakan penglibatan dalam dunia seni menerusi bidang lakonan dan peragaan, dia dikenali menerusi dua drama bersiri bertajuk Alien Planet Cinta yang disiarkan November 2015 menerusi saluran Astro Ria serta Cinta Viral lakonannya bersama Elfira Loy yang ditayangkan 14 Februari lalu menerusi saluran RTM 1. Kini, dia melebarkan sayapnya dengan mempertontonkan bakatnya dalam bidang nyanyian pula.

Harris Baba, si kacak berasal dari Singapura ini sememangnya berdarah kacukan Pakistan - Cina - Parsi, kini tampil dengan lagu sulung bertajuk Katakan. Langsung tidak mempunyai darah Melayu, Harris ternyata memiliki bakat dalam melakonkan watak dan menyanyi dalam Bahasa Melayu setelah mencuba dalam memperbaiki pertuturannya dalam bahasa berkenaan.

Video lirik Harris Baba - Katakan

Katakan dipertaruhkan sebagai buah tangan pertama Harris kepada peminat. Perjalanannya dalam arena muzik bermula selepas dilamar penyanyi dan komposer Faizal Tahir yang juga pencipta lagu Katakan. Lagu ini menceritakan kisah cinta ini turut dihasilkan bersama bersama Mike Chan dan  Ezra Kong, sekali gus bertanggungjawab sebagai penerbit. Nukilan lagu yang dilengkapi alunan suara Harris menjadikan Katakan sebagai karya yang mampu menaikkan nama penyanyi ini ke persada dunia muzik tempatan.

Video lirik lagu ini turut dimuat naik menerusi laman YouTube pada Mac lalu, mendapat sambutan hangat sejak berkumandang menerusi corong radio. Mempunyai ciri yang membuat pendengar mudah menerima lagu ini, rentak tempo perlahan dan muzik yang membuai menambah lagi minat  pendengar menghayati lagu ini. Video berkenaan juga menghampiri 200 ribu jumlah tontonan dalam masa sebulan,  membuatkan Harris berusaha keras merangka strategi memperluaskan nama dan kerjayanya.


Harris Baba berasa amat bertuah kerana diterajui tiga syarikat rakaman dan pengurusan ternama iaitu Faithful Music selaku Artiste & Repetoire (A&R), mana kala Uprising Entertainment dan Warner Music Malaysia pula menentukan hala tuju kerjayanya sebagai anak seni.
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan