'Skoolastik' Pelepas Rindu Peminat Kartunis Ubi


Ewah ewah, pasti ramai yang rindu dengan hasil karya kartunis yang pernah mewarnai hari-hari ramai suatu ketika dulu khususnya peminat komik Ujang yang pernah popular di Malaysia. Antaranya termasuklah Kartunis Ubi yang popular dengan siri kartun Budak Hostel serta Aku, Dia dan Volkswagen suatu ketika dahulu. Ubi atau nama sebenarnya Raja Ahmad Kamil Raja Mokhtar kini kembali dengan karya terbaru berjudul Skoolastik. Dengan corak penghasilan idea yang lebih menarik dan berbeza, komik ini diilhamkan untuk menarik semula minat penggemar komik dan sebagai kemunculan semula Ubi sendiri.

Skoolastik menceritakan kisah tiga rakan karib iaitu Khairy, Pian dan Aina yang menjalani kehidupan sebagai pelajar sekolah yang penuh dengan kisah menarik, lucu, penuh dengan nasihat dan tauladan. Pelbagai cabaran mereka terpaksa lalui membuatkan anda semua tidak kering gusi ketika menghayati komik ini. Komik yang mengandungi 100 muka surat ini mengambil masa lebih lapan tahun untuk dihasilkan dengan penuh teliti agar dapat menepati citarasa pembaca dahulu dan sekarang.


Menurut Ubi sendiri, penghasilan komik ini bertujuan menaikkan semula arus aliran membaca komik terutamanya kalangan remaja masa kini yang lebih cenderung ke arah gajet dan teknologi sehingga komik kartun tempatan dilupakan. 

"Saya berharap komik Skoolastik ini akan membawa lebih sifat membaca di kalangan belia dan dapat mengimbas kembali nostalgia lama aktiviti masa dahulu. Saya berterima kasih kepada semua penaja yang memberi sokongan kepada saya dalam menghasilkan komik menarik ini terutamanya kepada Peaceyall.FM yang dipengerusikan Dato AC Mizal sebagai Penaja Online Broadcast Utama komik ini," kata Ubi sewaktu majlis pelancaran di Putrajaya.

Komik Skoolastik ini yang berharga RM19.90 senaskah dan boleh dibeli secara atas talian menerusi laman sesawang www.kedai.kartunisubi.com atau di semua cawangan kedai buku seluruh Malaysia bermula 20 Februari 2016. Untuk maklumat lanjut, lawat laman sosial Ubi iaitu Facebook atau Instagram @kartunisubi.
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan