Pemain Dram Lefthanded, Man Dayak Meninggal Dunia


Ewah ewah mendapat perkhabaran duka awal pagi ini berkenaan pemain dram kumpulan rock legenda, Man Dayak, meninggal dunia sebentar tadi. Allahyarham atau nama sebenarnya Rahman Othman, adalah anggota kedua meninggal dunia selepas kumpulan itu kehilangan pemain gitarnya, Abdul Samad Mian pada 23 Oktober 2008. Berita mengenai kematian Man Dayak dikongsi pemain dram Projek Pistol, Pae, menerusi laman Facebooknya.

"Salam takziah buat keluarga drummer lagenda lefthanded Man Dayak...terkejut lak cm xcaya sbb baru je few second citer psl lefthanded...semoga roh arwah dicucuri rahmat...al fatihah..." tulis Pae.

Perasaan turut dikongsi vokalis Lefthanded, Nash menerusi laman Facebook miliknya. Menurut Nash, Allahyarham tiba-tiba diserang sakit dada sebelum disahkan meninggal dunia setelah tiba di sebuah pusat perubatan.

Allahyarham sebelum ini pernah bersara daripada kumpulan Lefthanded kerana ingin memberikan perhatian kepada perniagaannya. Selain vokalis mereka, Nash bergerak secara solo, anggota lain seperti Man Kidal (pemain gitar utama) dan Yan (pemain bes) meneruskan perjuangan muzik mereka dengan cara tersendiri.

Lefthanded (Gambar sumber Internet)

Lefthanded ditubuhkan di Johor Bahru, Johor pada 1979 kini sudah pun berusia 37 tahun. Mereka muncul dengan album pertama, Keadilan pada 1986 sehingga kehebatan mereka dalam arena muzik rock tempatan tidak dapat disangkal lagi. Ketika era itu, mereka turut melakar sejarah apabila Keadilan berjaya mencatat jualan melebihi 60 ribu unit.

Allahyarham Man Dayak (paling kiri) bersama Man Kidal dan Yan (gambar sumber Murai.com.my)

Bertambah unggul, kumpulan ini juga pernah mendapat pengiktirafan tertinggi apabila album Nafas diangkat sebagai album rock terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) keempat pada 1997. Selain Nash, penyanyi dan komposer terkenal iaitu Arab dan Ramli Sarip juga masing-masing pernah menyertai Lefthanded sebagai vokalis menerusi album Nafas dan Fanatisme.

Salam takziah kepada keluarga dan sahabat Allahyarham daripada kami. Al-fatihah.

Salam takziah buat keluarga drummer lagenda lefthanded Man Dayak...terkejut lak cm xcaya sbb baru je few second citer psl lefthanded...semoga roh arwah dicucuri rahmat...al fatihah...
Posted by Pae Sembah Bumi on Monday, 14 March 2016




Assalamualaikum wbt. Sesungguhnya pada hari ini ada lah hari yg sangat menyedihkan apabila mendapat berita sahabat...
Posted by Nashrudin Elias on Monday, 14 March 2016
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan