Linda Onn Tawar Pekerjaan Kepada Gelandangan


Ewah ewah, nampaknya perniagaan pengacara dan penyampai radio popular, Linda Onn semakin rancak. Bermula dengan jenama hidangan nasi ayam My Mom's Chicken Rice, sebuah lagi jenama dilancarkan selepas itu iaitu My Asam Pedas Shop. Sememangnya hidangan di restoran berkenaan sedap belaka, malah jika EE lalu di kedainya yang terletak di Ampang, Selangor mesti dipenuhi pengunjung. Betullah apa orang kata, kalau masakan sedap pasti orang tak akan segan berbelanja lebih.

Tulis Linda, "Linda mengalu-alukan sesiapa yg tidak mempunyai pekerjaan dan sedang menganggur untuk bekerja di restoran2 milik Linda di sekitar Ampang, Selangor. Dan kepada sesiapa yg kenal atau tahu gelandangan (homeless) yang tak ada kerja dan hidup dalam kesusahan kerana tak ada gaji, sila beritahu tentang perkara ini. Ucapan terima kasih didahulukan. Untuk maklumat tentang kekosongan tempat kerja, sila hubungi 0123483165 atau 0178898003"


Linda mengalu-alukan sesiapa yg tidak mempunyai pekerjaan dan sedang menganggur untuk bekerja di restoran2 milik Linda...
Posted by Linda Onn on Sunday, 6 March 2016

Terbaru, Linda menerusi laman Facebook rasminya membuat pengumuman penawaran kerja kosong kepada mereka yang memerlukan pekerjaan, khususnya golongan gelandangan. Wah, ini satu langkah yang baik. Bukan apa, ramai antara kita yang simpati tetapi tidak tahu bagaimana untuk menyelsaikan masalah gelandangan ini. Langkah Linda membuka tawaran pekerjaan kepada golongan berkenaan sekurang-kurangnya membuka mata ramai untuk terus menghulurkan bantuan. Tahniah Linda!

EE: Tak faham kalau ada badan berwajib yang tidak ambil pusing mengenai perkara ini.


Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan