Gandingan Datuk Jamal, Misha Bakal Gegar Royale Chulan


Ewah ewah, semua orang teruja apabila perkhabaran dua permata dalam dunia seni suara tanah air ini bergabung atas satu pentas. Apa tidaknya, kedua-dua mereka memiliki aura tersendiri ketika membuat persembahan. Apatah lagi mereka digabungkan sempena meraikan setiausaha 29 April depan bertempat di Taming Sari Grand Ballroom, The Royale Chulan, Kuala Lumpur. Sememangnya persembahan ini dinanti-nantikan ramai khususnya peminat mereka. Malah, mereka dijangka mendendangkan lagu hit mereka yang sentiasa malar segar.

Dianjur Music Messee Production, persembahan ini bakal mengetengahkan tema glamor bermula jam 8.30 malam, turut menampilkan selebriti serba boleh, Adibah Noor selaku pengacara majlis. Acara ini juga dijangka berlangsung dalam durasi dua setengah jam, menyaksikan Datuk Jamal Abdillah dan Misha Omar diiringi pemuzik handalan selama satu jam. Menurut pihak penganjur, majlis ini bukan hanya bertujuan menghiburkan setiausaha sahaja tetapi juga terbuka buat semua peminat Datuk Jamal Abdillah dan Misha Omar. Inilah penyebab utama mengapa majlis ini dilangsungkan pada waktu malam.


Menurut wakil Music Messee Production lagi, kedua figura pop ini dipilih atas faktor kemantapan vokal dan penghayatan lagu yang baik dalam setiap persembahan mereka. Sudah tentu, lagu popular mereka seperti Bunga-Bunga Cinta, Adam dan Hawa, Azura serta Seniman Menangis dinanti peminat.

Untuk mendapatkan tiket masuk, peminat boleh mendapatkannya dengan harga RM7500 setiap meja bagi pakej Platinum, RM6500 semeja untuk pakej Gold dan RM5500 semeja bagi pakej Silver. Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan tiket VVIP, bolehlah menghubungi pihak penganjur secara terus menerusi talian 0124481761, 0193549101 atau 012 2740273, selain e-mel kepada music.messee@gmail.com.


Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan