'Bodyguard' Tampil Lima Jejaka Sasa


Ewah ewah, nampaknya semakin ramailah penonton ‘melekat’ di hadapan televisyen sejak drama bersiri yang membariskan lima pelakon lelaki tampan bertubuh sasa mula ditayangkan 2 Mac lalu setiap Isnin hingga Rabu jam 10 malam menerusi saluran TV3. Drama rantaian terbaru yang mengangkat kisah kerjaya pengawal peribadi dengan nilai tempatan ini menampilkan Fattah Amin, Azrel Ismail, Idris Khan, Lan Siro dan Sabhi Saddi sebagai teraju utama. Mendapat sentuhan pengarah Nuad Othman, khabarnya semua pelakon dihantar untuk latihan intensif bagi mempersiapkan diri bagi memegang watak berkenaan!

Asas latihan termasuklah menembak dan menunggang kuda, antara kemahiran yang mereka pelajari ketika pembikinan drama ini. Malah Nuad yang juga guru silat turut memberi tunjuk ajar dalam seni mempertahankan diri. Bagi memastikan keberkesanan pelakon menjiwai watak, mereka juga dilatih Timbalan Presiden Pegawai Peribadi Malaysia agar mereka benar-benar faham tugas sebagai seorang pengawal peribadi.


Bodyguard mengisahkan lima jejaka iaitu Faris (Fattah Amin), Rayyan (Azrel Ismail), Daniel (Idris Khan) Rahul (Lan Siro) dan Basri (Sabhi Saddi) yang bekerja sebagai pengawal peribadi di sebuah agensi milik Nasha (Farahdhiya). Dalam setiap episod, pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh setiap mereka. Setiap daripada mereka juga mempunyai kemahiran yang berbeza-beza. Faris ialah seorang pakar penembak, Azrel Ismail sebagai pakar taktik peperangan, Rahul dan Basri pula pakar dalam kombat dan medik, manakala Daniel pula pakar perunding dalam bidang teknologi. Setiap watak akan diperkembangkan sepanjang 20 episod drama ini bersiaran.





Namun, dalam melaksanakan tugas dan misi yang berisiko lima orang pengawal ini bukan sahaja bergelut dengan risiko profesion mereka tetapi juga konflik kehidupan peribadi sendiri. Malah, elemen cinta juga turut menjadi sebahagian daripada kisah ini apabila Nasha terperangkap dengan cinta tiga segi bersama Faris dan Rayyan. Selain lima watak utama, penonton juga bakal melihat kemunculan beberapa pelakon lain dan penampilan khas seperti Datuk Hattan, Adibah Yunus, Hafizul Kamal dan ramai lagi.


Apakah risiko yang bakal mereka hadapi? Bagaimanakah lima jejaka ini menyempurnakan tugas mereka? Tonton drama bersiri Bodyguard yang bakal bersiaran menerusi slot Aksi mulai 2 Mac 2016, setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam secara eksklusif menerusi TV3.


Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. terima kasih atas artikel anda yang menarik dan bermanfaat ini. semoga memberikan manfaat bagi pembacanya. saya memiliki artikel sejenis yang bisa anda kunjungi di sini IT GUNADARMA

    BalasPadam