Bapa Akim, Amy Search Berduet Pada Majlis Resepsi Akim Dan Stacy


Ewah ewah, bukan main meriah lagi majis resepsi Akim Ahmad dan Stacy Anam yang berlangsung di Maktab Abu Bakar, Johor Bahru tempohari. Selepas mengadakan majlis untuk sanak saudara pada sebelah siang di kediamannya, majlis resepsi untuk jemputan kenamaan, media, rakan artis dan kenalan diadakan di dewan maktab berkenaan yang dihias cukup indah. Mengenakan persalinan berwarna perang, ternyata kedua-dua mempelai tampil anggun.

Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan tarian dan nyanyian, tetapi yang lebih menarik perhatian apabila bapa Akim, Ahmad Suleiman tampil berduet dengan legenda rock tanah air, Amy Search menerusi lagu Isabella. Seperti yang ramai maklum, bapa Akim dan Amy adalah rakan rapat sewaktu persekolahan. Malah, mereka duduk bersebelahan ketika di dalam kelas.

Selain itu, protege Akim menerusi rancangan Mentor Milenia, Han dan Ebba turut membuat persembahan ketika majlis berkenaan.

Saksikan kemeriahan majlis resepsi Akim dan Stacy.



Terima kasih: Wan Izhar Abu Bakar


Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan