Aman Nassim Tak Kisah Dikritik


Ewah ewah, nampaknya jejaka ini semakin hebat dalam melangkah ke peringkat tinggi dalam bidang hiburan tanah air. Apa tidaknya, jika sebelum ini dia lebih dikenali sebagai pelakon, kini anak kelahiran Johor Bahru ini cenderung untuk lebih 'ligat' dalam arena seni suara pula. Mempertaruhkan lagu terbarunya Cinta Pura-Pura, pemuda berusia 26 tahun ini lebih optimis untuk menghasilkan lebih banyak lagu ciptaannya.

Aman Nassim menerusi syarikat miliknya sendiri, RAR Empire Entertainment menerbitkan lagu berkenaan selepas mengundur diri daripada syarikat rakaman lamanya, Kelarai Sakti Sdn Bhd yang juga milik komposer, LY, apabila dia merasakan tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya ketika itu. Sempat merakamkan sebuah lagu, Lafaz Setia bersama syarikat itu, pemuda itu tidak menyangka diterima khalayak sebagai penyanyi.

"Saya harap orang ramai dapat menerima Cinta Pura-Pura dan terus menyokong kerjaya saya. Saya sedia menerima kritikan membina daripada pemerhati hiburan bagi memperbaiki kelemahan yang ada pada diri saya," ujar Aman yang mencipta sendiri lagu berkenaan dan ditulis lirik oleh Airine Airina.


Bercerita mengenai lagi terbarunya ini, pengagum penyanyi kelahiran Canada, Michael Buble ini menjadikan artis antarabangsa itu sebagai inspirasi dalam penciptaan lagu. Turut mengambil pengalaman sedih rakan baiknya, dia memperoleh idea menghasilkan melodi lagu berkenaan. Ternyata, gabungan perasaan dan inspirasi itulah yang menjadikan lagu berentak pop balada itu menjadi kenyataan. 

"Lagu ini menceritakan kisah kekalutan jiwa sepasang suami isteri yang harus
meneruskan kehidupan mereka bersama walaupun tiada lagi rasa cinta antara mereka," cerita Aman lagi.

Kepada mereka yang ingin berinteraksi dengan Aman dengan lebih dekat, bolehlah belek laman Facebook, Instagram dan Twitter miliknya iaitu Amannassim.


Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan