Vince Kembali Berlakon Sempena Tahun Baru Cina


Ewah ewah, lama betul kita tidak mendengar berita mengenai juara Akademi Fantasia musim pertama ini. Maklumlah, kali terakhir dia tampil dengan album pun sekitar 2010 menerusi album Kronologi Cinta. Bagaimana pun, sempena Tahun Baru Cina kali ini peminat yang merindui gelagat Vince atau nama sebenarnya Vincent Chong Ying-Cern akan dapat menyaksikannya menerusi telefilem Baba Nyonya sebagai pelakon.



Kali terakhir Vince tampil sebagai aktor ialah dalam sebuah filem Sembilu 2005 arahan Datuk Yusof Haslam. Selain itu, filem berkenaan turut dibintangi oleh Hetty Sarlene dan Zed Zaidi.

Telefilem Baba Nyonya mengisahkan sambutan Tahun Monyet yang mana Wai Meng (watak dipegang Vince) merasakan bahawa tahun ini adalah tahun bertuah baginya kerana perniagaan kedai runcitnya begitu menguntungkan. Keuntungan berlipat ganda itu menyebabkan Wai Meng menjadi tamak dan kedekut. Isteri Wai Meng, Mei Mei (lakonan Aenie Wong) berusaha mencari jalan menyedarkan suaminya bahawa keuntungan yang berlipat ganda itu tidak akan ke mana sekiranya tiada sesiapa di sisi untuk meraikannya.

Drama terbitan MIG Production Sdn Bhd ini diarahkan oleh Romie. Selain Vince dan Aenie, telefilem ini turut menampilkan Hanif Safuan, Syaa Nasi dan Puovin Sandera. Baba Nyonya ditayangkan pada Sabtu, 6 Februari 2016, jam 9 malam.
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan