'Terbang Ke Bulan' Bersama Azmir Arif Dan Jeff


Ewah ewah, setelah hampir lapan tahun berjuang dalam industri seni suara dan menghasilkan beberapa buah lagu secara solo dengan pelbagai konsep seperti pop balada, pop, tradisional dan pop Melayu, penyanyi istimewa Azmir Arif yang lahir daripada salah sebuah rancangan realiti televisyen masih belum berputus asa mencuba untuk berjaya sebagai penyanyi. Kini, jejaka itu tampil dengan lagu terbaru berjudul Fly Me To The Moon, berkonsep pop dengan penambahan rap dalam lagu. Azmir turut membuat kelainan dengan menampilkan penyanyi senior, Jeff A To Z sebagai pasangan duet dalam lagu ini.   

Klip video lirik Fly Me To The Moon

Idea berkolaborasi bersama Jeff bermula ketika Azmir yang juga jurucakap produk kosmetik Mekar Semilu datang ke studio bersama pengasas syarikat untuk membuat 'jingle' syarikat. Ketika itulah Azmir mendengar koleksi lagu lagu ciptaan Jeff, lalu memilih lagu Fly Me To The Moon yang mengutarakan kisah kekeluargaan yang jarang ditampilkan, tambah lagi mengisahkan kasih sayang seorang bapa kepada anaknya. Tertarik dengan gaya bahasa yang ditampilkan dalam lagu ini, Jeff bersetuju untuk menjadi pasangan duet setelah Azmir bersetuju merakamkan lagu ini.


Lagu ini menceritakan pengalaman sebenar Jeff yang menghasilkan lagu ini sewaktu dia melayan anaknya yang pada ketika itu sedang bermain dengan patung Iron Man dan Ben 10. Buat masa ini Azmir Arif dan Jeff masih dalam rangka promosi untuk lagu ini dan video lirik lagu berkenaan sudah boleh dilayari menerusi laman YouTube.
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan