Sekitar Majlis Pernikahan Akim - Stacy


Ewah ewah, tahniah diucapkan kepada pasangan Afiq Hakim Ahmad dan Ummu Shaikhah Stacy Anam kerana kini bergelar suami isteri. Majlis pernikahan kedua-dua penyanyi popular itu berlangsung tepat jam 10.15 pagi bertempat di Hotel Shangri-La, Tanjung Aru, Kota Kinabalu oleh urunikah Jabatan Agama Islam Negeri Sabah (JAIS), Matlin Dimin.


Stacy yang diwalikan abangnya yang juga memeluk agama Islam, Mohd Adam Hakimi Anam menerima mas kahwin sebanyak RM300, selain mereka bertukar-tukar hantaran sebanyak tujuh dulang sesama sendiri. Akim juga menyarungkan sebentuk cincin campuran emas dan platinum yang dihiasi lima butir permata ke jari Stacy usai pernikahan berlangsung.

video

Dalam majlis tertutup yang dihadiri sanak saudara daripada kedua-dua belah keluar, sahabat handai dan peminat rapat, Akim dan Stacy mengenakan persalinan berwarna putih selain pelamin mereka juga polos putih dihiasi dedaunan hijau. Farish Aziz yang juga hos popular dan bekas penyampai radio Suria FM Sabah bertindak sebagai pengacara, selain Hafiz Suip yang juga rakan Akim sewaktu Akademi Fantasia musim ketujuh yang turut hadir memeriahkan majlis.

Hafiz Suip turut hadir

Akim ditemani ayahnya, Ahmad Sulaiman

Akim sebelum majlis pernikahan

Farish Aziz selaku pengacara majlis


Kredit foto: Aryn Abd Ghani
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan