Niezam Zaidi Kumpul Bunga Pelik Demi Farah Nabila


Ewah ewah, nmpaknya semakin mekar cinta antara dua pendatang baru, Niezam Zaidi dan Farah Nabila sehingga jejaka kacak itu sanggup berbuat apa saja demi memenangi hati gadis pujaannya. Malah, hero berkulit hitam manis itu berusaha mengumpul spesis bunga pelik hanya untuk mendapatkan cinta gadis kecil molek itu. Namun, itu semua adalah pembawaan watak dalam drama bersiri terbaru Inikah Cinta yang ditayangkan menerusi slot Dahlia TV3 sejak 31 Januari lalu. Drama yang ditayangkan setiap Jumaat hingga Ahad jam 6.58 petang itu berkisar kehidupan sekumpulan pelajar yang menyentuh soal cinta dan persahabatan.


Niezam Zaidi membawa watak Muammar yang baru melangkah ke alam universiti dan tidak sabar menjalani kehidupannya sebagai mahasiswa. Dalam masa sama, dia juga teruja untuk menyertai Kelab Fotografi kerana dia baru sahaja membeli kamera DSLR. Muammar jatuh hati dengan pengerusi Kelab Fotografi yang baru dilantik, Rose Adeline yang dilakonkan Farah Nabilah. Dalam beberapa tugasan yang diberikan, Muammar sentiasa cuba mencuri hati Rose namun perasaannya tidak pernah dilayan. Rose sebenarnya terlalu fokus untuk menghasilkan satu formula baru untuk mencipta minyak wangi yang memerlukan ekstrak pelbagai spesis bunga.




Muammar yang sentiasa mencari peluang untuk mendekati Rose sering bertemu di perpustakaan kerana di situlah tempat Rose sering membuat kajian mengenai bunga. Suatu hari, Muammar menyatakan perasaan cintanya kepada Rose, bagaimanapun Rose beranggapan Muammar sekadar mempermainkannya. Untuk memastikan niat sebenar Muammar, Rose memberi cabaran kepadanya bagi mendapatkan pelbagai spesis bunga yang diperlukan. Muammar berhadapan dengan cabaran atas janjinya mendapatkan bunga yang sukar ditemui.



Setelah itu, Rose juga rasa serba salah kerana ibunya, Dr Dahlia (lakonan Jasmin Hamid) berusaha menukar pengajian Rose ke Dublin, Ireland. Sementara Muammar berusaha melunaskan janjinya, Rose juga mula berfikir sama ada dia mampu menerima cinta Muammar atau hanya mempergunakan kebaikan lelaki itu.

Adakah cita-cita Rose menghasilkan minyak wangi tercapai? Mungkinkah Rose mampu mencintai Muammar? Adakah Muammar sanggup melakukan apa sahaja untuk Rose? Saksikanlah Inikah Cinta.
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan