Kopratasa Lagukan Karya Jalaluddin Rumi


Ewah ewah, adakah masih ingat kepada kumpulan Kopratasa yang popular dengan lagu puisi seperti Masihkah Kau Ingat, Permata Untuk Isteriku dan Mulia? Kini mereka kembali dengan album terbaru yang mengandungi lagu yang liriknya disadur daripada penulisan agung penyair dan tokoh sufi Islam, Jalaluddin Rumi. Album yang mengandungi lima lagu ini dinamakan Mathnawi Rumi dan diterbitkan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dengan kerjasama Luncai Emas Sdn Bhd. 

Senator Dato' Dr Asyraf Wajdi Dusuki melancarkan album Mathwani Rumi diiringi Dato' M Nasir, Dr Anis Yuzal Yusoff, Sani dan Usop Kopratasa, Mohd Khair Ngadiron dan Keon Omar

Ini adalah salah satu daripada inisiatif ITBM untuk menerbitkan lagu puisi bermutu tinggi bagi merancakkan lagi industri muzik dan puisi tanah air. Antara lagu yang terkandung dalam album ini termasuk Mawar, Seruling 2, Ujud 2, Ujud 1 dan Seruling 1. Ternyata, pemilihan Kopratasa yang dianggotai Sani Sudin dan Usop untuk melagukan puisi berkenaan dilihat tepat memandangkan sentuhan muzik dan emosi cukup mencengkam rasa setelah diilhamkan mereka. Album ini boleh didapati di pasaran dengan harga RM30 bermula 16 Februari 2016 melalui peringkat pertama jualan digital di iTunes Store, disusuli rangkaian kedai-kedai muzik dan buku terpilih penghujung Februari ini.


Peminat karya Jalaluddin Rumi dan Kopratasa, penggemar sastera dan buku, pelajar universiti dan kolej serta masyarakat umum yang berminat untuk membuat pesanan awal, bolehlah menghubungi secara terus Institut Terjemahan & Buku Malaysia ITBM menerusi talian 0341451800 atau melayari laman sesawang www.itbm.com.my. Selain itu, Luncai Emas Sdn Bhd turut menerima tempahan menerusi talian 0361561357/6700 atau e-mel kepada lcemas2@gmail.com.
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan