Ibu Charlie Puth Letak Fon Kepala Di Perut Semasa Mengandung


Ewah ewah, pasti ramai yang masih ingat lagu See You Again yang menjadi runut bunyi filem popular Furious 7. Seperti mana popular lagu itu, begitu juga populariti penyanyinya yang dikenali ramai. Lagu yang menggandingkan jejaka bernama Charlie Puth dan Wiz Khalifa itu berjaya meraih anugerah platinum berkembar empat selain menggungguli carta Billboard Top 100 selama 12 minggu, selain menjadi pujaan nombor satu di lebih 100 negara. Kemudian, Puth sekali lagi membawa kejayaan dengan menggondol anugerah platinum dan tempat kedua Top 40 di Amerika Syarikat menerusi lagu Marvin Gaye yang menampilkan dirinya bersama penyanyi Meghan Trainor.
Dengan hasil usahanya itu, dia memenangi Teen Choice Awards, Hollywood Film Award, dua American Music Award, MTV Video Music Award, dan pencalonan di MTV Europe Award serta Golden Globe untuk lagu asal terbaik, Puth juga dicalonkan untuk Anugerah Grammy.

Sekilas mengenai Puth, dia mula jatuh cinta dengan muzik ketika membesar di pinggir pantai Rumson, New Jersey, Amerika Syarikat. Menurutnya, dilahirkan dalam keluarga sederhana ibu bapanya bekerja keras dari bawah untuk memastikan kehidupan mereka sekeluarga terjamin. Bagaimana pun dia bersyukur kerana ibu bapanya memberikan pendidikan muzik sejak dia masih kecil, malah dia sering menjadikan James Taylor sebagai idola.


"Ketika mengandungkan saya, ibu saya sering meletakkan fon kepala pada perutnya dan memainkan lagu. Bapa saya pula banyak mendedahkan saya dengan artis R & B seperti Barry White, The Isley Brothers, dan Marvin Gaye. Ibu saya yang juga seorang guru piano selalu bermain muzik klasik dan mula mengajar saya bermain piano ketika saya berusia empat tahun," kata Puth.

Malah, dia yang dikatakan bercinta dengan Meghan Trainor selepas bercium dengan gadis itu selepas sebuah persembahan bermain piano sepanjang zaman kanak-kanak dan mula belajar irama Jazz pada usia sepuluh tahun. Sebagai seorang pelajar sekolah tinggi pula, dia menghabiskan hari minggu untuk berulang-alik ke bandar untuk mengkaji irama Klasikal dan Jazz di Manhattan School of Music yang terletak di Harlem. 

Charlie Puth dalam lagu One Call Away

"Pada mulanya saya fikir saya akan menjadi seorang pemain piano Jazz, tetapi saya sentiasa memikirkan keperluan untuk meneruskan karya dalam irama pop kerana ibu bapa saya akan mendengar semua muzik pop ini. Saya sentiasa cuba untuk menggabungkan unsur pop ke dalam Jazz ketika bermain muzik," katanya.


Kini peminat di Malaysia boleh mendapatkan albumnya, Nine Track Mind yang kini berada di pasaran tempatan. Dalam album terbitan Atlantic Recording Corporation dan Otto Records ini, ada lagu seperti One Call Away, Dangerously, Marvin Gaye (menampilkan Meghan Trainor), Losing My Mind, We Don't Talk Anymore (menampilkan Selena Gomez), My Gospel, Up All Night, Left Right Left, Then There's You, Suffer, As You Are (menampilkan Shy Carter), Some Type Of Love dan See You Again yang menampilkan dia dengan Wiz Khalifa. Album ini diedarkan oleh Warner Music Malaysia.
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan