Hilangnya Kasih Papar Kisah Pesakit Skizofernia


Ewah ewah, nampaknya pengarah popular Shuhaimi Lua melalui syarikat penerbitannya Tanah Beris Film Production Sdn Bhd semakin rancak menerbitkan drama bermutu tinggi dan dekat di hati penonton. Jika sebelum ini dia pernah muncul dengan drama hebat seperti Perempuan Tanpa Rahim yang menonjolkan lakonan hebat Normah Damanhuri, kini sekali lagi pengarah itu menggunakan khidmat pelakon berkenaan menerusi telefilem Hilangnya Kasih yang bakal menemui penonton menerusi slot Skrin Di 9, TV9 jam 8.30 malam 22 Februari ini. Drama tulisan Shahremy Ikmal dan diolah Zyza Backy ini memaparkan kehidupan seorang anak yatim piatu yang dibesarkan di sebuah rumah kebajikan apabila dewasa dan menghidap penyakit mental.

Selain Normah, drama ini turut dibarisi pelakon terkenal seperti Fezrul Khan, Janna Nick, Hilal Azman, Balqis Semundur Khan dan pendatang baru Eqbal Eisid.

Shuhaimi Lua memberikan penerangan kepada pelakon di lokasi penggambaran

Hilangnya kasih mengisahkan Qaisara, anak tunggal Pak Latiff dan Mak Dah, serta Fuad yang juga anak yatim piatu. Fuad dibesarkan di sebuah rumah anak yatim di Selangor. Perkenalan Qaisara dan Fuad mereka di universiti membawa mereka ke jinjang pelamin dan mendapat restu kedua ibu bapa Qaisara. Mak Dah sebenarnya tidak berapa setuju Qaisara berkahwin awal kerana sebelum ini Qaisara berjanji membantu keluarga. Selepas berkahwin, kehidupan mereka bahagia sehinggalah pada suatu malam kediaman Qaisara dan Fuad dimasuki pencuri. Fuad terpaksa bergelut dengan kedua-dua pencuri itu dan akibatnya Fuad dipukul di kepala menyebabkan Fuad pengsan dan tidak sedarkan diri.


Fuad mengalami kecederaan serius di kepala sehingga disahkan mengalami Skizofrenia, sejenis penyakit mental tahap permulaan yang mengganggu emosinya, namun masih dalam proses pengesahan pihak hospital. Sebagai isteri, Qaisara menjaga Fuad dengan penuh kasih sayang dan segala duit simpanan digunakan untuk keperluan Fuad. Fuad pula tidak lagi seceria dulu dan lebih banyak berdiam diri. Ada kalanya Fuad bercakap seorang diri dan kadang kala memberontak kesan daripada kecederaan mental itu sehingga membimbangkan Qaisara.


Sebulan berlalu, cuti Qaisara sampai ke penghujungnya menyebabkan dia semakin bingung kerana dia bimbang meninggalkan Fuad berseorangan di rumah. Qaisara enggan meninggalkan Fuad bersama penjaga atau orang gaji kerana dia tahu yang Fuad tidak suka. Qaisara pula menerima arahan majikan untuk bertugas di cawangan baru syarikatnya di Johor. Qaisara serba salah dan akhirnya membuat keputusan menumpangkan Fuad di rumah emak dan ayahnya di kampung. Pada mulanya Mak Dah keberatan menerima permintaan anaknya Qaisara itu. Setelah dipujuk, akhirnya Mak Dah terima juga permintaan Qaisara. Fuad pula memberontak kerana tindakan Qaisara menghantarnya ke rumah mertuanya itu.


Apa yang terjadi kepada Fuad? Mengapa Qaisara sanggup menghantar Fuad ke kampung untuk dijaga oleh Mak Dah? Bagaimana pula penerimaan Mak Dah dengan kehadiran Fuad di rumahnya?Adakah Qaisara menemui cinta baru di pejabatnya? Semua persoalan itu terjawab dalam telefilem Hilangnya Kasih.
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan