Hanie Soraya Pantas Kejar Cita-cita


Ewah ewah, nampaknya gadis ini semakin rancak dalam perjalanannya dalam dunia seni tanah air. Selepas muncul dengan lagu Hujung Dunia suatu ketika dulu dan diikuti dengan lagu popular Rasa Sayang Januari tahun lalu, Hanie Soraya Taha atau lebih glamor dengan nama Hanie Soraya ini sememangnya dilihat sebagai penyanyi wanita generasi baru berbakat besar yang dilihat terus menyinar dengan gaya tersendiri. Bukan sekadar menyanyi, kemahiran bermain gitar dan ukulele turut meletakkan penyanyi kecil molek berusia 22 tahun ini di persada seni suara sehingga menggamit Faizal Tahir menerbitkan lagunya.




Kini, gadis ini muncu dengan lagu terbaru berjudul Pantas yang berentak segar dan matang, mengandungi lirik yang memberi inspirasi kepada pendengar selain memberi mesej berkisar kehidupan dan keberanian mengejar cita-cita. Lagu ini dicipta hasil gabungan idea Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong dan Hanie sendiri, memiliki kelainan tersendiri. Ternyata dengan sekali dengar, khalayak mudah mengingati melodinya, selain mesej penyeruan generasi muda untuk terus beranikan diri bagi mengejar impian dan menjadikannya satu realiti benar-benar meninggalkan kesan. Lirik berunsur nasihat amat mudah difahami kerana disampaikan secara tersurat dan susunan muzik bersesuaian dengan aliran muzik semasa.


Muzik video lagu ini juga kini berada di laman sesawang YouTube, memaparkan sisi karakter Hanie bersama rakan yang ceria dan bersahaja dalam menikmati kehidupan pada usia remaja. Dalam pada menikmati keindahan hidup, mereka tahu bahawa pada usia remajalah paling tepat untuk mengejar dan menggapai impian. Muzik video ini dirakamkan September lalu di Pantai Morib, Banting, Selangor.
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan