Gerimis Hati Asyikin Papar Sindiket Jual Bayi


Ewah ewah, nampaknya semakin banyak isu semasa dibawa menerusi kaca televisyen khususnya dalam drama tempatan. Tidak ketinggalan, pelakon yang kini bergelar penerbit, Mohd Ashraf Muslim mengangkat tema isu sindiket jual bayi yang pernah menggemparkan negara ini sedikit masa dulu menerusi drama terbaru Girimis Hati Asyikin. Telefilem arahan Bahri Umararif Bajuri ini bakal ditayangkan sempena bulan Ramadan tahun ini, menampilkan Ashraf sendiri, Wawa Zainal, Zarina Zainoordin, Noryati Taib, Ruzana Ibrahim, Shahrul Anwar, Ainin Batrisya dan Muhammad Ammar. Drama berdurasi selama 90 minit ini ditayangkan menerusi stesen TV3.

Drama ini mengisahkan perjalanan hidup sepasang suami isteri, Zamri (Ashraf Muslim) dan Asyikin (Wawa Zainal) serta dua anak mereka yang masih kecil. Hidup secara sederhana, Asyikin bekerja sebagai pembantu farmasi berdekatan dengan kawasan perumahan mereka dan Zamri pula bekerja sebagai kerani biasa. Keadaan berubah apabila Asyikin hamil buat kali ketiga yang mana benar-benar mengganggu emosi dan mentalnya. Dia bimbang kedudukan mereka kala kegawatan ekonomi yang semakin hari tidak ubah seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Asyikin tertekan dengan perjalanan hidupnya

Semasa kandungan Asyikin berusia enam bulan, Zamri ditimpa kemalangan jalan raya, menyebabkannya mengalami patah kaki yang memerlukan masa untuk sembuh. Situasi bertambah sulit apabila Zamri terpaksa mengambil cuti tanpa gaji sehinggalah sembuh sepenuhnya. Keadaan di rumah pula menjadi tidak terurus. Asyikin yang sarat mengandung terpaksa menguruskan kedua-dua anak mereka dan berkerja keras untuk menampung kos kehidupan mereka sekeluarga. Akhirnya, Asyikin membuat keputusan bersalin di kampung halamannya memandangkan ibunya mampu membantu menguruskan anak-anaknya pada kala Asyikin boleh menumpukan kepada kelahiran bayinya.

Kebaikan Manja rupa-rupanya ada udang di sebalik batu

Pulang saja ke kampung, Asyikin bertemu dengan kawan sekolah lamanya, Manja (Zarina Zainoordin). Alangkah gembiranya Asyikin kerana beban di bahunya semakin berkurangan. Bersama Manja, Asyikin dapat kongsikan kepayahan yang sedang dialaminya. Manja pula bijak menambat hati Asyikin sehingga mereka kini kembali rapat. Kerana kekusutan dalam pengurusan rumah tangga, Asyikin menawarkan kepada Manja agar bayinya dijaga Manja sementara Asyikin mendapatkan penjaga bayinya serta menguruskan segala kesulitannya sebaik saja dia pulang ke Kuala Lumpur. Segala keputusan dibuat Asyikin tidak dikongsikan dengan Zamri menyebabkan Zamri kecewa dan hubungan mereka semakin renggang.

Suasana di lokasi penggambaran

Sayang sekali, apa yang dijanjikan Manja adalah dusta belaka apabila Manja dan bayi Asyikin hilang tidak dapat dikesan. Rupa-rupanya Manja terbabit dengan sindiket jual bayi dan menipu Asyikin.
Kebenaran ini diketahui Asyikin apabila dia gagal menghubungi Manja. Malah, pihak berkuasa turut berusaha mengesan Manja serta mengawasi aktiviti haram berkenaan. Sehinggalah pada satu hari, tanpa diduga Manja dapat dikesan dan pihak berkuasa berjaya menumpaskan Manja. Bayi Asyikin dan Zamri ditemui dalam keadaan sihat dan selamat.

Asyikin amat kesal dengan sikapnya yang tidak bersyukur dengan rezeki pemberian Tuhan. Kesungguhan Asyikin yang mahu mencari keredaan Allah membuatkan Asyikin leka mengikut matlamat sebenar. Bagaimana pun, musibah yang melanda Zamri sekeluarga tidak sedikit pun menjauhkan Zamri daripada Asyikin, sebaliknya Zamri sebagai ketua keluarga menerima ujian itu dengan penuh tanggungajwab. 

Setelah Zamri sihat sepenuhnya, dia akhirnya menerima pampasan yang banyak dan itulah hikmah di sebalik kesulitan yang mereka alami.

Orang belakang tabir bersama pelakon yang menjayakan Gerimis Hati Asyikin
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan