Fareez Enggan Dibayangi Bapa


Ewah ewah, nampaknya anak teruna pelakon Fauzi Nawawi ini kekal mara ke peringkat seterusnya menerusi rancangan televisyen realiti nyanyian Mentor Milenia. Menjadi protege kepada Hazama, semangat jejaka berusia 19 tahun ini semakin berkobar-kobar untuk meneruskan persaingan selepas Han yang juga protege Akim dan Nuri, protege Azlan tersingkir baru-baru ini. Tidak gentar dengan perlumbaan sesama peserta, Muhammad Fareez Hazwan bagaimana pun meluahkan rasa sedih kerana ada pihak yang mengatakan dia dipilih Hazama sebagai protege hanya kerana dia anak pelakon popular.

"Saya sedar ada pihak yang mungkin kurang senang apabila saya terpilih menjadi protege Hazama, tetapi saya yakin mentor saya membuat pilihan secara profesional. Saya tunjukkan kekuatan dan bakat yang saya miliki, bukan kerana saya mendabik dada mengatakan kepada semua saya mesti dipilih kerana saya anak bapa saya. Saya juga insan biasa yang ingin mengejar impian tersendiri," ujar Fareez ketika ditemui baru-baru ini.



Menurut jejaka tinggi lampai ini, dia benar-benar ingin diterima kerana nilai dirinya sendiri tanpa dibayangi bapanya. Bagaimana pun, dia sedar betapa bapanya begitu teruja apabila mengetahui dirinya terpilih sebagai protege Hazama, malah tidak betah untuk hadir setiap minggu memberi sokongan sama seperti bapa peserta lain yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada anak mereka.

"Tolonglah pandang bapa saya sama seperti bapa lain yang menyokong anak mereka. Takkanlah hanya kerana bapa saya juga selebriti, saya tidak berhak dilayan seperti peserta lain. Saya mohon kepada semua, nilailah diri saya mengikut kemampuan yang saya tonjolkan sewaktu persembahan," kata Fareez lagi yang turut meminta penonton untuk terus menghantar undian sebagai tanda sokongan.
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments: