Cinta Teruna Kimchi Papar Kisah Cinta Tiga Segi


Ewah ewah, bagai tidak percaya apabila menonton drama bersiri terbaru yang ditayangkan menerusi saluran TV3 ini. Apa tidaknya, apabila melihat pelakon utamanya yang juga hero drama ini bagaikan sudah lama dikenali. Tetapi lagaknya tidak tumpah seperti bintang drama Korea. Apabila diamati, sah pelakon berkenaan adalah Nazim Othman, nama yang tidak asing lagi dalam dunia lakonan tanah air. Malah, wataknya sebagai jejaka berasal dari Korea memang menjadi. Mungkin kerana dia sebelum ini beberapa kali dikatakan sering mengunjungi negara berkenaan membuatkan dia selesa dengan budaya negara itu.


Dalam drama terbaru yang mula disiarkan sejak 28 Januari 2016 lalu, Nazim membawakan watak Kang Ye Jun yang juga mahasiswa tahun dua di Universiti Hankuk dalam bidang kajian luar Melayu-Indonesia. Pelakon lain yang turut menguatkan lagi jalan cerita drama rantaian ini termasuk Risteena Munim, Johan As’ari dan Niena Baharun, membawa lanskap cerita menarik dan berlatarkan negara Korea-Malaysia. Cinta Teruna Kinchi dikatakan mampu menarik ramai penonton mengikuti kisahnya memandangkan di Malaysia ramai peminat adalah peminat drama Korea.


Cinta Teruna Kimchi Kang Ye Jun yang cuba mendapatkan jawapan mengenai siapakah ayahnya yang sebenar. Persoalan yang menghantuinya sejak kecil itu merunsingkannya apabila dia menemui sekeping foto lelaki berkopiah yang berkemungkinan ayah kandungnya. Dia lebih kecewa apabila mengetahui ibunya menyorokkan cerita sebenar dan membiarkan dia tertanya-tanya. Berdasarkan foto itu juga, dia yakin bahawa ayahnya berbangsa Melayu sama ada dari Indonesia atau Malaysia. Oleh yang demikian, dia mendalami Bahasa Indonesia-Malaysia serta mendalami Islam. 

Pada awalnya dia menyalahkan agama yang baginya penyebab dia tidak bertemu ayahnya sejak kecil, malah dia berasa malu kerana ada yang beranggapan yang dia anak luar nikah. Keperitan hidup Kang Ye Jun juga menyebabkan dia berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajarannya.  Dalam masa sama, hasil didikan ibu dan neneknya membuatkan Kang Ye Jun gemar memasak dan pandai menyediakan hidangan Kimchi. Di berwawasan untuk ke Malaysia bagi membuka restoran Kimchi yang memberi makna tersendiri bagi dirinya sekeluarga.


Sedang Kang Ye Jun mencari maklumat mengenai Islam di Masjid Itaewon, dia mengenali Amin (Johan As’ari) yang juga pembantu imam di sana. Pertemuan itu membuka hatinya mengenai ketulusan agama Islam. Malah dia juga terpilih menghabiskan semester pelajarannya di Malaysia.

Di Malaysia Kang Ye Jun diselia bawah Suraya (Risteena Munim) yang juga pensyarahnya. Dalam masa sama, Kang Ye Jun sekuliah dengan Saidah (Niena Baharun) yang sebenarnya bakal dijodohkan dengan Amin. Suraya bersifat kebaratan namun tenang bersama Kang Ye Jun yang sering memberikan nasihat seperti yang dipelajarinya daripada Amin. Manakala Saidah teruja belajar bahasa Korea dengannya. Hubungan erat mereka memerangkapkan mereka dalam cinta tiga segi. Suraya menyukai Kang Ye Jun tetapi Kang Ye Jun menyukai Saidah. Manakala Saidah terpaksa melupakan hasratnya kerana menunggu kepulangan Amin. Dalam masa yang Kang Ye Jun tetap berazam mencari ayahnya, Haji Yusuf (Rahim Jailani). 


Saksikan suratan sebalik pencarian Kang Ye Jun dalam segmen Zehra, Cinta Teruna Kimchi yang ditayangkan setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam menerusi TV3.
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. Saya tertarik dengan tulisan anda mengenai Psikologi. Perkembangan psikologi manusia sekarang ini harus sangat diperhatikan agar mereka tidak berkembang dengan mental yang salah. Saya memiliki beberapa tulisan sejenis mengenai psikologi yang dapat dilihat di www.ejournal.gunadarma.ac.id

    BalasPadam