Akim Cuti Kahwin, Siapa Ambil Alih Tugas Sebagai Mentor?


Ewah ewah, sana sini memperkatakan majlis perkahwinan Akim Ahmad dan Stacy Anam yang berlangsung Jumaat ini di Kota Kinabalu, Sabah. Dalam pada itu, ramai yang tertanya-tanya siapakah yang bakal menggalas tugas sebagai mentor sempena Mentor Milenia yang bersiaran setiap Ahad? Maklumlah, protege Akim iaitu Han dan Ebba pasti memerlukan seseorang untuk membimbing mereka melakukan tugasan sepanjang minggu ini. Kalau nak tahu, tugas berkenaan bakal digantikan Zimi yang juga rakan Akim dalam kumpulan The Majistret. Kata Akim, dia mesti ambil cuti sempena hari bahagianya. Malah, pada hari Mentor Milenia disiarkan, dia dan bakal isteri perlu berkunjung ke rumah sanak saudara bagi memenuhi adat pengantin baru. Bagi EE, tiada salahnya jika Zimi mengambil alih tempat Akim untuk sementara memandangkan Zimi juga berpengalaman dalam membentuk bakat baru, apatah lagi pemain gitar handal itu juga berbelas tahun dalam dunia seni bersama-sama kumpulan Sofazr. Apa pun, Tahniah diucapkan kepada Akim dan Stacy, dan semoga berjaya kepada Zimi, Han dan Ebba untuk cabaran Mentor Milenia minggu ini.

EE: Rindu Laksa Johor hasil air tangan ibu Akim
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments: