Ujang Ditipu Galeri Petronas?

Gambar sumber Facebook Ujang

Ewah ewah, seronok betul EE apabila melihat kartunis kesayangan ramai, Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon kembali aktif dalam dunia komik tempatan. Maklumlah, EE sendiri pun membesar dengan karya agungnya bermula daripada majalah Gila Gila sehinggalah Ujang dan Apo diterbitkan. Malangnya, pelbagai rintangan terpaksa dihadapi kartunis berasal dari Rantau, Negeri Sembilan ini. EE tidak mahu sentuh soal itu, tetapi menerusi laman Facebook miliknya dia meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Galeri Petronas, KLCC.


Luahan Ujang menerusi laman Facebook

Dalam perkongsian menerusi sebuah album Facebook bertajuk Patut La Petronas Kayo (Patutlah Petronas Kaya), dia yang menggunakan loghat Negeri Sembilan dalam penulisannya menyatakan, "Kanvas kono boli senighi, alat lukisan kono boli senighi, parking bayar senighi - nanti claim tey. Lopeh mengclaim bayaran yang di janjikan tang july 2015 sampai la 2016 - jawapan yang di boghi oleh GALERI PETRONAS setakat ni: Susah nak buek bayaran sobab den bengkrap. Takdo akaun bank (Tapi kartunis lain yang ado akaun pun sumo tak dapek bayaran jugak pun)."

Maksud Ujang ialah, "Kanvas kena beli sendiri, alat lukisan kena beli sendiri, parkir bayar sendiri - nanti claim katanya. Selepas claim bayaran yang dijanjikan pada Julai 2015 sehinggalah 2016 - jawapan yang diberi oleh Galeri Petronas setakat ini, susah nak buat bayaran kerana saya bankrap. Tak ada akaun bank (tetapi kartunis lain yang ada akaun pun semua tak dapat bayaran)."

EE tak berani kata yang pihak Galeri Petronas melakukan penipuan kerana kita semua tidak mengetahui cerita sebenar. Tetapi kalau benar dakwaan Ujang, seharusnya pihak berkenaan dapat melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah ini. Bukan apa, Ujang dan kartunis lain juga ada mulut yang hendak disuap. Dalam keadaan ekonomi sekarang yang semakin tidak menentu, seharusnya pihak penganjur perlu peka dengan masalah pembayaran seperti ini. Jangan main lepas tangan. Tenaga, masa, dan idea bukan percuma ya!

EE: Selalu jumpa client yang janji lain, buat lain!

Kanvas kono boli senighi,Alat lukisan kono boli senighi,parking bayar senighi-nanti claim tey.Lopeh mengclaim bayaran...
Posted by Ujang on Monday, 25 January 2016
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan