Tonton AJL30 Di Pawagam GSC


Ewah ewah, nampaknya Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) semakin meriah. Selepas penganjuran Festival AJL30 di Dataran 1 Malaysia, Klebang Melaka pada 9 Januari 2016 lalu, TV3 selaku penyiar membuat tawaran terbaru kepada semua peminat anugerah muzik paling berprestij ini. Kali ini portal video nombor satu negara, Tonton yang juga merupakan 'geng digital' AJL30 dengan kerjasama pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) memberi peluang kepada pengguna setianya untuk menonton AJL30 di panggung wayang GSC, Pavilion.

Pertama kali dalam sejarah, acara itu dibawakan secara terus ke layar perak untuk tontonan ramai. Acara istimewa ini pastinya sesuatu pengalaman menarik dengan sistem bunyi audio menyeluruh, apatah lagi ditayangkan menerusi kualiti definisi tinggi atau High Defintion (HD). Tayangan secara langsung itu terbuka kepada pengguna Tonton berdaftar sahaja.  Mereka layak mendapatkan tiket berkenaan dengan menebus tiket pada hari Ahad 17 Januari 2016, dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang di GSC, Pavilion dengan mempamerkan akaun tonton mereka menerusi telefon bimbit. 

Namun tiket itu berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’ kerana hanya empat panggung akan dibuka untuk tujuan berkenaan. Tarikh tayangan ialah pada hari Ahad, 24 Januari 2016. Pada hari berkenaan juga, GSC Pavilion menganjurkan acara karpet merah untuk memeriahkan suasana. Karpet Merah bermula 7.30 malam sebelum tayangan bermula tepat jam 9.00 malam.

Selain mendapat kepuasan audio dan kualiti HD, para pengguna Tonton yang bertuah ini juga bakal ditemani oleh para pelakon terkenal seperti Adi Putra, Izzue Islam, Mia Ahmad, Izreen Azminda, Shukri Yahaya, Zara Zya, Ungku Ismail dan Mira Filzah.




“Selain bersiaran di TV3, radio HOT FM, dan portal tonton, kali ini buat pertama kalinya dalam sejarah Anugerah Juara Lagu, acara berprestij itu dibawa ke layar perak dengan kerjasama Golden Screen Cinemas (GSC). Pelbagai medium kami gunakan untuk memudahkan para penonton setia kami untuk bersama-sama merasakan sendiri pengalaman menonton AJL30,” kata Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9.

“Ini juga merupakan alternatif kepada para penonton yang tidak berkesempatan bersama kami di Stadium Malawati,  Shah Alam,” tambah Sherina.
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan