Tiada Lagi Imej Tomboy



Ewah ewah, sejak rancangan Gegar Vaganza menjadi fenomena dalam industri muzik Malaysia dan mengembalikan kegemilangan penyanyi yang pernah mewarnai dunia seni tanah air, semakin ramai pula bintang yang membuat kemunculan semula. Penyanyi tinggi lampai yang juga Naib Juara Malaysian Idol musim kedua, Nita Hamzah, khabarnya turut berbuat demikian. Bagaimana pun, kemunculan semula ini bukan sekadar 'biasa-biasa', tetapi berserta perubahan 360 darjah!

Nita yang kini giat mendapat undangan persembahan bukan sahaja menukar imej ala 'tomboy' berambut pendek kepada lebih anggun, malah berusaha untuk mendapatkan bentuk badan lebih ideal dan membawa watak lebih kewanitaan. Jika sebelum ini dia lebih suka berpenampilan sederhana tanpa solekan tebal, kali ini imej seperti 'supermodel' dipilih sempena projek terbarunya dalam tahun ini.


Imej Nita sebelum ini

Menurut sumber, penyanyi yang pernah muncul dengan sebuah album berjudul Nita, terbitan sebuah syarikat rakaman tempatan pada 2007 ini dirisik sebuah label baru yang juga dimiliki anak tempatan. Popular dengan lagu Kusut dalam album sama, Nita dikatakan bakal menyanyikan sebuah lagu ciptaan komposer yang semakin mendapat tempat dalam industri muzik masa kini. Bagaimana pun, kata sumber itu lagi Nita tidak mahu hebahkan lagi secara terperinci mengenai projek berkenaan sehinggalah proses menandatangani kontrak selesai. Apa pun, semoga percaturan Nita kali ini membuahkan hasil.

EE: Turut buat 'comeback' sempena 2016
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan