Selepas Suami, Abang Celine Dion Pula Meninggal Dunia


Sumber foto daripada Getty Images

Ewah ewah turut bersedih dengan pemergian suami kepada penyanyi terkenal antarabangsa, Celine Dion iaitu Renè Angèlil beberapa hari lalu setelah bertahun-tahun menderita sakit barah. Mempunyai tiga anak hasil perkahwinannya dengan Renè, Celine terpaksa berdepan dengan satu lagi kesedihan apabila salah seorang daripada abangnya, Daniel Dion juga meninggal dunia pagi Sabtu lalu akibat kanser. Mengikut laporan Le Journal De Montreal, kakak Celine iaitu Claudette mengesahkan kematian Daniel, 59, pada jam 5 pagi di Montreal, Kanada dua hari selepas kematian suami diva antarabangsa itu. Daniel berdepan dengan kanser tekak, lidah dan otak sekali gus. Ini adalah kematian pertama antara 14 adik-beradik Celine.

Gambar abang Celine, Daniel bersama adik-beradiknya.
Sumber foto daripada Le Journal De Montreal

Sebelum ini Celine terpaksa membatalkan persembahannya di Las Vegas selepas kematian suaminya yang berusia 73 tahun selepas bertahun-tahun melawan barah tekak yang dihidapinya. Renè meninggalkan Celine dan beberapa orang anak termasuk anak-anaknya bersama Celine iaitu Renè-Charles, 14 dan sepasang anak kembar lelaki, Nelson dan Eddy yang berusia 5 tahun. Selain itu, Renè turut mempunyai beberapa anak daripada dua perkahwinan terdahulu iaitu Anne-Marie, Patrick dan Jean-Pierre. Renè meninggal dunia di rumahnya di Henderson, Amerika Syarikat ketika dalam jagaan pegawai perubatan.

Renè yang juga bekas anggota kumpulan The Baronets, sebuah kumpulan Pop Rock terkenal di Kanada pada era 1960-an adalah orang yang bertanggungjawab mengesan bakat nyanyian Celine pada awal 1980-an sebelum mengahwininya pada 1994. Dua isteri sebelum Celine ialah Denyse Duquette yang dikahwininya pada 1966 sebelum bercerai pada 1972, dan Anne Renèe pada tahun 1974 kemudian berpisah enam tahun selepas itu.

Celine dan Renè di sebuah acara
Kredit foto Denise Truscello daripada Wireimage

Celine pernah memperlahankan aktiviti seninya beberapa kali setelah Renè disahkan berdepan dengan sakit barah buat kali pertama pada 1999, dan menjalani pembedahan membuang tumor pada Disember 2013. Bagaimana pun, pada 2014 penyakit barah Renè disahkan sekali lagi kembali menyerangnya. Bagaimana pun, Celine dilaporkan tetap teguh di sisi mendiang suaminya dan tabah menghadapi dugaan berkenaan.

EE: Malaysia juga berdepan dengan kehilangan ramai anak seni tahun lalu
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan