Selepas Johor Bahru, Sepahtu Bakal Gegar Sungai Petani Bersama Sinar FM


Ewah ewah, bukan main meriah lagi program jejalah terbaru Sinar FM iaitu Jalan-Jalan Sepahtu Sinar yang diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru baru-baru ini. Terbaru, siri jelajah itu diteruskan di utara Semenanjung iaitu di Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah. Menariknya, program ini dikemudi trio Sepahtu Sinar iaitu Jep, Shuib dan Rahim bagi mempromosikan rancangan Sarapan Pagi baru Sepahtu Sinar. Malah pendengar radio berkenaan berpeluang menyertai program pencarian jaguh karaoke. Selain itu, minggu ini penyanyi Mark Adam turut bersama mereka untuk memeriahkan lagi suasana.

Menurut Pengurus Kandungan Sinar FM Shidah Khasim, program Jalan-Jalan Sepahtu Sinar ini adalah sebuah program pembuka tirai tahun baru 2016 bagi stesen berkenaan. Sepahtu Sinar dibawa mendekati pendengar terutamanya yang berada di luar bandar kerana lokasi begini banyak mendapat permintaan untuk beramah mesra sekali gus menghargai pendengar setia mereka.

"Antara tujuan lain bagi mengadakan pertandingan yang mencari bakat terpendam masyarakat di luar bandar, kami juga ingin merapatkan silaturahim bersama pendengar di sana. Dengan adanya aktiviti karaoke sebegini, diharapkan agar pendengar sentiasa setia untuk bersama Sinar FM," ujarnya lagi.


Berkisar mengenai perjalanan mereka sebelum ini, ternyata penangan trio baru bagi rancangan Sarapan Pagi Sinar FM iaitu Sepahtu Sinar mendapat sambutan hangat apabila ketika pencarian jaguh karaoke ini dimulakan pada jam 10 pagi iaitu sesi pendaftaran bagi 30 orang yang pertama untuk pemilihan. Lima peserta akhir kemudiannya dipilih bersama-sama untuk bersaing dengan lima lagi peserta yang telah melalui ujibakat melalui telefon bersama Sepahtu Sinar.

 

Di Johor Bahru, tiga dengan adanya pemenang terpilih iaitu Noor Jannah Abu Hanipah sebagai juara, Nor Fatihah Taib (naib juara) dan Ema Fazuana Mehat (ketiga), masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 beserta trofi bagi tempat pertama, RM2,000 bagi tempat kedua dan RM1,000 bagi tempat ketiga. Juara Gegar Vaganze musim kedua, Siti Nordiana juga turut memeriahkan lagi program ini di sana.

Kepada orang ramai khususnya warga Kedah yang ingin menunjukkan bakat mereka dalam bidang nyanyian, Sinar FM mengalu-alukan kedatangan untuk sertai sesi ujibakat yang bakal berlangsung Sabtu nanti bertempat di Amanjaya Mall bermula jam 10 pagi bagi 30 orang yang pertama bagi pemilihan lima peserta akhir untuk menyertai lima peserta lagi yang telah melalui uji bakat menerusi telefon bersama Sepahtu Sinar. 10 finalis ini berpeluang untuk menjulang trofi Jalan-jalan Sepahtu Sinar dan memenangi hadiah utama berupa wang tunai bernilai RM3000. Pendengar yang berminat menyertai pertandingan ini diingatkan untuk menyediakan minus one sendiri.

Antara langkah lain untuk sertai pertandingan karaoke ini, setiap minggu Sinar FM akan mengeluarkan lintasan untuk memberikan peluang kepada pendengar yang berminat untuk menjadi salah seorang peserta dengan hanya menelefon konti Sinar FM dan menyanyi. Tunggu sahaja isyarat memanggil bagi pencarian jaguh karaoke Sepahtu Sinar bermula minggu ini.

Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan