Sado Men Spa Tawar Khidmat Murah Untuk Jejaka


Ewah ewah, ini benar-benar khabar baik untuk kaum lelaki yang selama ini tercari-cari tempat untuk mencantikkan diri khas untuk golongan itu. Maklumlah, kebanyakan pusat rawatan kecantikan dikhususkan untuk kaum wanita menyebabkan ramai lelaki merasakan bahawa tiada keperluan untuk tampil lebih sihat dan berseri. Walhal, pada zaman sekarang kaum Adam juga mempunyai keinginan untuk menjaga ketrampilan namun niat di hati sering kali terhalang dek kekurangan pusat rawatan kecantikan khas untuk mereka. Malah, yang sedia ada pun kebanyakannya menyediakan perkhidmatan yang dikendalikan kakitangan wanita sehingga ada yang enggan disebabkan faktor tuntutan agama dan rasa malu yang menebal, khususnya bagi masyarakat Melayu.

Suasana Sado Men Spa mendamaikan

Nah, atas faktor inilah kewujudan Sado Men Spa ditubuhkan bagi memenuhi kehendak pelanggan lelaki yang mahu mengubah gaya selain menjaga kesihatan khususnya dari segi luaran. Menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk mandian khas termasuk mandi bunga, sauna, penjagaan kaki, rawatan tubuh dengan terapi aroma, skrub badan, lulur, bekam dan penjagaan kulit wajah, spa ini menyediakan pelbagai pakej dengan tawaran harga begitu rendah. Tetapi, jangan fikir bukan-bukan, spa ini tidak menawarkan perkhidmatan yang tidak baik. Malah, spa ini sangat menitik berat soal zikir dalam rawatan dan penjagaan aurat juga.

EE mengunjungi cawangan kedua Sado Men Spa yang beroperasi di Petaling Jaya, Selangor premis kedua yang baru dibuka November lalu, setahun selepas pusat operasi pertama di Pandan Indah, Selangor memulakan perniagaan mereka. Disambut dengan hiasan luar premis yang unik dan berkonsep Bali, suasana dalam spa cukup mendamaikan dengan harumah rempah yang memikat dan alunan muzik tradisi yang menjadi halwa telinga pengunjung yang mendapatkan rawatan. Walaupun masih baru, ternyata sapa ini mempunyai kelengkapan yang cukup untuk memenuhi kehendak pelanggan yang ingin mendapat perkhidmatan terbaik.


Sado Men Spa menawarkan kelengkapan berkualiti tinggi

Sado Men Sapa kini menawarkan harga promosi. Bayangkan, untuk pakej Platinum 10 dalam satu yang biasanya berharga RM899, kini hanya RM499 untuk rawatan selama enam jam. Antara rawatan yang ditawarkan untuk pakej ini termasuk mandi bunga, mandi susu, sauna herba, rawatan rendaman kaki, rawatan tubuh terapi aroma, skrub badan, lulur badan atau body mask, body wrap, 20 unit bekam serta rawatan kulit wajah dengan berlian. Malah, pelanggan bakal menerima serum vitamin C, Aura SM dan pencuci khas lelaki secara percuma. Bagi yang tidak mahu berbekam, pelanggan boleh memilih pakej Gold sembilan dalam satu yang mana semua rawatan diberikan kecuali bekam. Pakej ini hanya RM399 berbanding RM799 harga asal. Bagi EE, ini adalah pakej rawatan paling lengkap khususnya bakal pengantin lelaki yang akan ke jinjang pelamin dalam jangka masa terdekat. Siapa yang tidak mahu tampil sempurna pada hari bahagia bukan?

Khidmat sauna turut disediakan

Ada juga pakej lain seperti tujuh dalam satu yang berharga RM349, enam dalam satu (RM299), lima dalam satu (RM199), empat dalam satu (RM250, RM230 dan RM199), serta tiga dalam satu (RM160 dan RM130). Harga pakej ini bergantung kepada pilihan rawatan yang dikehendaki, sesuai dengan keperluan individu. Kepada yang ingin berbekam sahaja, bolehlah dapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan mengikut sunnah ini dengan harga serendah RM5 seunit, RM50 untuk 10 unit, RM80 untuk 16 unit dan RM100 untuk 20 unit. Lebih menarik, ada pakej urutan terapi aroma bersama 16 unit bekam dengan harga hanya serendah RM150 sahaja. Tambah lagi, pakej ini turut didatangkan dengan terapi infra merah.

Kehadiran pelanggan dialukan dengan hiasan luaran yang menarik

Sado Men Spa dimiliki dua jejaka iaitu Hisyam Abdul Talib, atau lebih dikenali sebagai Yusri, serta Mohd Syahrizal Razali atau Zack. Mempunyai lima kakitangan di Pandan Indah dan dua di Petaling Jaya, mereka mengatur strategi selepas berkeyakinan dengan idea baru ini. Menurut Yusri, dengan perkembangan mengenai penjagaan tubuh menerusi media sosial dan konvensional, kesedaran lelaki terhadap penjagaan diri semakin meningkat.

"Kita lihat ramai selebriti antarabangsa dan tempatan cukup menjaga jaga penampilan, akhirnya masyarakat kita turut menerima tempias. Yakin bahawa perusahaan spa khas untuk lelaki ada pasarannya, ramai rakan dalam bidang spa wanita beri galakan. Sebelum ini ramai lelaki pergi ke spa untuk wanita, malangnya hasrat mereka untuk menjalani rawatan sering ditolak melainkan kenalan atau disarankan oleh individu yang dikenali. Mungkin ini terjadi kerana mengambil kira soal keselematan, selain isu bersentuhan antara bukan muhrim dan aurat berlinan jantina. Jadi, kami buat kajian mengenainya sebelum bersetuju menjalan operasi kami," ujar Yusri yang sebelum ini aktif melakukan khidmat spa rumah ke rumah. Malah, rakan kongsinya turut berpengalaman membuat khidmat urutan bermula di bazar tengah malam sejak 2013.

Namun begitu, ramai juga yang tersalah anggap spa untuk lelaki seperti Sado Men Spa adalah pusat urut seperti yang sedia ada sedangkan spa ini adalah pusat sehenti bagi mereka yang ingin menjalani rawatan kulit tubuh dan wajah. Ternyata, spa ini sama seperti spa khas wanita cuma ditukar konsepnya khas untuk lelaki sahaja.

"Untuk lelaki, kami fokus yang mana lebih banyak permintaan daripada pelanggan. Sebagai contoh, buat masa sekarang pelanggan lebih mahukan khidmat rawatan penjagaan badan, kulit dan wajah. Bayangkan, jika bakal pengantin perempuan ingin buat rawatan, banyak spa menawarkan khidmat sama untuk mereka tidak seperti lelaki sedangkan kedua-dua bakal pengantin juga mahu tampil sempurna pada hari bersejarah mereka, " ujarnya lagi yang mengakui ada ibu bapa yang membawa anak lelaki mereka yang bakal berkahwin mendapatkan rawatan.


Dai segi rawatan berbentuk mandian bunga dan susu, ramai antara masyarakat yang membayangkan rawatan ini hanya untuk perkahwinan, sedangkan rawatan ini juga bagus untuk proses terapi diri, serta menenang dan melembutkan otot. Kebanyakan lelaki yang sering bersenam boleh mendapatkan aura positif melalui bungaan yang digunakan ketika proses rawatan mandi.

"Tumbuhan seperti bunga segar dan warna bunga itu sendiri memainkan peranan untuk menyebarkan aura positif untuk diserap dalam badan. Ini antara proses menyerikan wajah, khususnya untuk mereka yang mempunyai masalah muka kusam dan tak berseri.  Air mandi yang kita gunakan dicampur dengan air mawar, susu, limau purut dan pelbagai jenis bunga. Pada peringkat akhir, kami mandikan pelanggan dengan esen yang kami bancuh sendiri secara teliti, selain bacaan zikir dan bauan yang enak," kata Yusri lagi.

Wajah dicuci bersih sebelum rawatan seterusnya

Rawatan Diamond Facial dan membunuh jerawat

Proses memasukkan serum ke lapisan bawah kulit

Bercakap mengenai rawatan kulit wajah dengan berlian atau lebih dikenali sebagai diamond facial, rawatan yang mengambil masa sejam setengah ini menggunakan mesin micro dermabrasion. Mesin berteknologi tinggi ini menggunakan berlian sebagai ejen pemutihan, bagus untuk menyental kulit secara lembut bagi menanggalkan sel kulit mati yang mengganggu sel kulit baru untuk terus bernafas. Jika tidak dibuang, kulit wajah menjadi kusam. Hasil rawatan ini membuatkan kulit bertukar lembut memandangkan lelaki sering kali menjaga wajah secara tidak konsisten.

"Lelaki selalu ambil mudah mengenai penjagaan wajah, malah ada yang hanya menggunakan sabun mandi untuk mencuci muka. Menerusi rawatan ini, kami cuci wajah pelanggan sehingga bersih sehingga liang pori terbuka. Kemudian kami masukkan serum yang bersesuaian dengan keadaan kulit pelanggan. Kami juga menggunakan mesin khas untuk memasukkan serum lapisan kulit lebih dalam agar kesannya lebih efektif," menurutnya.

Pelanggan dinasihatkan untuk membuat temu janji lebih awal dan memastikan mempunyai kelapangan untuk mendapatkan rawatan. Ini kerana rawatan yang diberikan begitu teliti dan tidak terkejar-kejar supaya setiap proses rawatan berjalan sempurna. Kerana ketelitian mereka, ada kalanya kaum wanita yang menemani rakan mereka pernah meminta untuk mendapat rawatan di spa ini walaupun maklum Sado Men Spa adalah spa khas untuk lelaki.

Ruang menunggu yang cukup selesa

"Ada wanita yang datang dan lihat sendiri kami jalankan rawatan tertarik dengan cara kami. Kata mereka, hasil kerja kami begitu teliti. Akhirnya, kami beralah tetapi tertakluk kepada beberapa jenis rawatan sahaja seperti bekam seri wajah. Itu pun, kami minta muhrimnya untuk menemani ketika rawatan dijalankan. Kami juga mengenakan sarung tangan ketika melakukannya," ujar Yusri yang mengakui semua kakitangannya mendapat latihan khusus dan memberikan komitmen dalam menjalankan rawatan.

Cawangan Petaling Jaya yang lebih luas boleh menampung seramai lima pelanggan serentak, memandangkan premis ini lebih besar dan mampu menerima pelanggan khususnya sekitar Petaling Jaya, Shah Alam, Puchong, Sunway, Damansara dan Klang. Jika sebelum ini Sado Men Spa terpaksa menolak permintaan pelanggan memandangkan jadual terlalu padat dan premis yang agak terhad, di sini lebih banyak permintaan dapat dipenuhi. Menyebut soal harga, ternyata spa ini menawarkan harga cukup murah berbanding spa sedia ada.

"Kami menawarkan harga berpatutan, sesuai untuk semua golongan. Walaupun kami sering dikunjungi golongan VIP, kami tidak menetapkan harga tinggi malah pelajar juga dapat mendapatkan khidmat rawatan di sini. Kami bangga kerana dapat memberi perkhidmatan kepada semua golongan tidak mengira bangsa, status, selebriti, model atau orang biasa. Apa yang kami tawarkan ialah harga yang setimpal dengan kos kami dan untung minimum sahaja. Ini kerana kami mahu pelanggan sentiasa dapatkan rawatan berulang kali tanpa membebankan mereka," kata Yusri.

Yusri bersama kakitangan Sado Men Spa

Sado Men Spa dibuka tujuh hari seminggu. Untuk menempah, anda boleh layari laman sesawang mereka www.sadomenspa.com atau e-mel kepada sadomenspa@gmail.com. Anda juga boleh mengunjungi laman rasmi Facebook mereka di SadoMen Spa atau hubungi talian 03-42850608 (Pandan Indah) atau 019-4110286 (Petaling Jaya). Cawangan Pandan Indah berada di No 82G Jalan 4/6B, Pandan Indah, Kuala Lumpur manakala Cawangan Petaling Jaya di 4-3, Jalan PJS 6/5F Taman Desa Ria, Petaling Jaya, Selangor.


Model: Hafiz Nolan, peserta Mister Planet Malaysia 2016
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan