Projek Pistol Naik LRT Promosi 'Revolution'


Ewah ewah, tahniah Projek Pistol atas kelahiran album terbaru mereka, Revolution. Mereka yang sebelum ini melonjak naik menerusi lagu Wanita Seluruh Dunia, kumpulan yang dianggotai Boy sebagai vokalis, Edrie Hashim (gitar), Pae (dram) dan Fly (bes) ini sememangnya menjanjikan kelainan dalam album kedua mereka ini. Terbaru, mereka akhirnya berjaya melancarkan album berkenaan di pusat membeli belah Avenue K, Kuala Lumpur selepas membuat persembahan di lima stesen Transit Aliran Ringan (LRT).


Bercerita mengenai jelajah mini berkenaan, mereka memulakan persembahan di stesen Kelana Jaya sebelum meneruskannya di stesen KL Sentral, Pasar Seni, Masjid Jamek dan berakhir di KLCC. Ternyata ini satu usaha amat baik yang dilakukan Projek Pistol untuk lebih dekat dengan peminat yang mungkin tidak menyangka band pujaan mereka membuat persembahan di tempat awam. Maklumlah, kali terakhir mereka muncul dengan album pertama Stereo Armeda pada 2010, album yang diterbitkan Edrie Hasim ini berada di pasaran lima tahun selepas kelahiran karya pertama mereka iaitu pada Oktober 2015. Malah, di stesen terakhir iaitu KLCC, mereka turut mengajak peminat menyertai mereka dan 100 peminat terawal yang hadir diraikan dengan hadiah istimewa.


Menurut band ini, mereka memilih untuk membuat persembahan dengan menganjurkan jelajah mini ini kerana ingin mendekati peminat mereka secara lebih dekat, selain menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.



Bercerita mengenai album Revolution yang membawa genre Modern Rock ini mengandungi sepuluh lagu termasuk tiga lagu yang disampaikan dalam Bahasa Inggeris. Lagu berkenaan adalah White Lady, Hey Now, dan Where the Roads Go (Take My Hand), selain tujuh lagu Melayu berjudul Kaca dan Batu, Aku Tahu, Andai Kataku Bisa, Selalu, Merasuk Jiwa, Keliru dan Demi Masa. Selain itu, mereka juga ingin tampil dengan nama PP untuk album kedua ini.

Majlis sidang akhbar di Avenue K

PP turut mendapat penghargaan daripada Life Records sempena kejayaan lagu Wanita Seluruh Dunia dari segi penjualan digital. Penghargaan berkenaan disampaikan Pengurus Besar Life Records, Osman Arrifin. Majlis ditaja Avenue K Shopping Mall, Malaysian Buskers Club, Colla-e (Natural Works), The Guitar Store (Damansara Perdana), Godin Guitar, Guitar Legend, Jabatan Muzium Malaysia, GT Security, DrumCraft, JS Music, Yahama Music Malaysia, Empayar Kukubesi, Arkadius Solution Sdn Bhd, AT Cupcakes & Bakeri, Tang Lin Nasi Lemak, Duet Pantry Project by Melia Empire, Petersaysdenim (PSD), Slip Studio, Triple 2 Production Sdn Bhd, Store Rental & Services dan Head Craft.
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan