Pak Nil Bengang Gambar Disalahguna

Gambar sumber Facebook Pak Nil

Ewah ewah, semakin hari pengacara popular Aznil Haji Nawawi semakin tampak segak. Kalau dibandingkan dengan lelaki seusianya, jauh benar bezanya. Kadang kala rasa cemburu pula melihat caranya yang lebih mesra dengan panggilan Pak Nil menjaga kesihatan dan penampilan. Mungkin kalau setiap minggu ke spa dan mengamalkan pemakanan sihat, EE pun boleh jadi macam Pak Nil.

Tetapi baru-bari ini. menerusi laman Facebooknya, pengacara Seiras Seirama ini meluahkan perasaan tidak puas hatinya apabila ada peminat yang menyalahgunakan gambarnya untuk tujuan perniagaan. Dipercayai, gambarnya bersama seorang peminat bersama kapsyen seolah-olah dia menyertai perniagaan jualan langsung atau MLM tanpa kebenaran. Jika mengikut kefahaman EE, gambar bersama kenyataan itu digunakan untuk menarik lebih ramai orang menyertai perniagaan berkenaan.

Gambar yang disalahguna pihak tertentu untuk tujuan perniagaan

Bagi EE, peniaga harus jujur dalam perniagaan dan tidak sewenang-wenang menggunakan foto untuk tujuan melariskan perniagaan tanpa kebenaran. Apatah lagi, menurut kenyataan Pak Nil yang menggunakan huruf besar dalam perkongsiannya itu menunjukkan dia benar-benar marah ata sikap tidak bertanggungjawab itu. Diharapkan pihak berkenaan segera memadam semula perkongsian berkenaan. Takut-takut lain pula kesannya kelak.

EE: Geram kalau peniaga atas talian sukar memaparkan harga produk yang dijual
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan