Nora Kekal Mantap


Ewah ewah, walaupun tanah air dibanjiri bakat baru dalam arena seni suara, ternyata penyanyi hebat ini masih mengekalkan kemantapan vokalnya. Walaupun menjalani kehidupan sebagai ibu kepada empat orang cahaya mata, isteri komposer Johan Nawawi ini tetap unggul menerusi persembahan ulungnya Showace Anugerah yang diadakan di Theater Lounge Club, Sri Hartamas baru-baru ini. Walaupun mengadakan persembahan selama tiga hari berturut-turut, vokal yang dipersembahkan mampu membuat penonton teruja sehingga ada yang berdiri bulu roma!

Nora Ariffin pernah mencetuskan fenomena pada 1994 dengan lagunya yang masih malar segar sehingga kini iaitu Di Persimpangan Dilema, penyanyi ini turut menyampaikan lagu terbaru ciptaan tiga komposer hebat iaitu Omar K, Audi Mok dan Ezra K berjudul Anugerah, selain lagu hit seperti Hanya Satu, Naluri, Joget Kelantan, Katakanlah,  Menyemai Cinta Bersamamu, selain lagu popular seperti Mencintaimu, Kaulah Segalanya I Have Nothing, Hello dan Broken Vow.


Selain lebih 15 lagu disampaikan, penyanyi berasal dari Kelantan ini juga turut menampilkan beberapa artis jemputan dan pemain piano terkenal Sze Wan selaku pengarah muzik. Nora turut mendendangkan lagu Selamanya Bahagia bersama anak-anaknya Mosyi, Alif Johan dan Puteri Johan yang turut membuat persembahan solo masing-masing sebagai artis jemputan.

Persembahan Nora menerusi Di Persimpangan Dilema

Kaka Azraff turut hadir

Menarik dalam persembahan malam terakhir, kebanyakan penonton yang hadir adalah keluarga besar Nora serta sahabat handainya yang tidak putus memberikan sokongan. Malah, dua kali penyanyi ini menerima jambangan bunga daripada abang kandungnya yang turut sama menyampaikan lagu Seiring Sejalan yang pernah dipopularkan Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini dan Mendiang Broery Marantika. Malah, penyanyi Kaka Azraff turut hadir menyaksikan persembahan bertenaga Nora.


Turut hadir pada malam persembahan berkenaan ialah pemenang Peraduan Ewahewahdotcom & Showcase Anugerah, saudara Amierul dan rakannya.
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan