Konsert Ella 2016 Dapat Sokongan Selebriti


Ewah ewah, nampaknya penantian peminat untuk melihat Ratu Rock negara mengadakan konsert solo berskala besar hampir menjadi kenyataan selepas penyanyi itu mengumumkan penganjuran Konsert Ella 2016 yang bakal diadakan pada 16 April depan di Stadium Melawati, Shah Alam. Bertempat di The Lodge Paradize, Kuala Lumpur, sebuah majlis sidang akhbar diadakan anjuran Atlas One Events Sdn Bhd selaku penganjur yang bakal merealisasikan konsert berkenaan. Mendapat kerjasama Pemadam Selangor, Radio Era, Red Box Karaoke dan Green Box Karaoke, Lameya Malaysia, The Storage People dan Tyra by Ella Aminuddin, konsert itu bakal menyajikan lagu popular Ella sepanjang zaman termasuk lagu terbarunya Istimewah.

Ella menyerahkan replika cek kepada Pemadam Selangor

Sesuatu yang istimewa, Ella sekali lagi mengembalikan sejarah lamanya apabila dia dijadualkan sekali lagi terbang bersama helikopter khas untuk ke lokasi konsert sebelum bermulanya persembahan ulung itu. Selain itu, dia akan mengembalikan kehebatannya dengan mendapatkan sentuhan pemuzik yang juga gitaris handalan, Man Kidal yang bertindak sebagai pengarah muzik di samping seorang lagi individu yang bakal menggalas tugas sama. Namun, individu berkenaan bakal diumumkan namanya dalam sidang akhbar kedua yang dijangka bakal diadakan kelak.

"Untuk persembahan pembukaan, saya belum lagi membuat keputusan untuk menamakan sesiapa untuk berkongsi pentas dengan saya. Ini kerana saya dan penganjur bakal membuat keputusan kemudian bergantung kepada kesesuaian," ujar Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin.

Selepas kali terakhir membuat konsert solo berskala besar iaitu Konsert Ella 30110 di Stadium Negara, Kuala Lumpur lebih 20 tahun lalu, tahun ini dirasakan tepat bagi pihak pengurusannya untuk mengadakan sebuah lagi konsert seperti itu bagi meraikan 30 tahun penyanyi yang memulakan kerjaya seninya sebagai penyanyi bersama kumpulan The Boys dalam industri seni suara pada 1985. Anak kelahiran Klang, Selangor ini juga berbesar hati menyumbangkan sebanyak RM2 daripada setiap penjualan tiket konsert berkenaan untuk disalurkan ke Tabung Pemadam Selangor. Ini bertujuan untuk menggalakkan lebih banyak program anti dadah dijalankan pada masa mendatang. Ini juga sumbangan ikhlas Ella dalam usaha memerangi gejala dadah yang semakin berleluasa.

Ella ditemani suami, Kapten Azhar

Ella semakin anggun

"Saya meminta agar peminat yang datang ke konsert ini berpakaian serba putih sebagai simbolik kepada kehidupan bersih dan suci tanpa dadah. Ini adalah satu usaha saya untuk membantu masyarakat dalam membendung gejala negatif di sekeliling kita," kata Ella lagi yang turut ditemani suami, Kapten Azhar Ghazali serta kakaknya yang juga merangkap pengurusnya Rozita Aminuddin atau Jojie.

Nita Hamzah turut hadir memberi sokongan

Menarik mengenai perkembangan perjalanan konsert ini, hampir dua ribu tiket Konsert Ella 2016 sudah terjual termasuk seribu tiket oleh Team Ella USA. Seribu lagi tiket ditempah beberapa syarikat korporat serta pembelian oleh peminat Ella. Selebriti tempatan juga dilihat menyokong penganjuran konsert ini setelah beberapa artis dilihat memuat naik poster konsert menerusi laman Instagram masing-masing dan mendapat perhatian beribu-ribu pengikut mereka. Ini termasuk pelakon Nora Danish yang mempunyai 2.9 juta pengikut, selain aktor Shaheizy Sam yang memiliki 1.1 juta pengikut. Penyanyi Nita Hamzah yang juga ahli Team Ella USA turut hadir memeriahkan majlis sidang akhbar, selain kehadiran Adifashla daripada Radio Era yang bertindak sebagai pengacara majlis.

Setelah hampir 10 tahun tanpa konsert berskala besar, Ratu Rock Negara @EllaAminuddin akan kembali menghiburkan peminat-peminatnya tidak lama lagi. Dapatkan tiket anda sekarang dan nikmati 15% diskaun untuk pembeli terawal (tiket diskaun adalah terhad). Pastikan temujanji anda bersama Ella dan temui anda di sana ๐Ÿ’‹ Tarikh : 16 April 2016 (Sabtu) Masa : 8.30 pm Lokasi : Stadium Malawati Shah Alam Tema Pakaian : Putih Hotline : 03 7880 7999 / 010 2707 456 Jualan Tiket Online : www.ticketpro.com.my Jualan Tiket di Outlets : Rock Corner, Victoria Music & Guitar Store Setiap RM 2 dari pembelian tiket anda akan disalurkan ke Tabung PEMADAM Selangor dan wang ini akan digunakan untuk menjalankan lebih banyak program anti dadah pada masa hadapan. Terima kasih Ella di atas sumbangan ini ! #KonsertElla2016 #JuaraTidakPerlukanDadah #ChampionsDontUseDrugs #RatuRockNegara #QueenOfRock #PemadamSelangor #AtlasOneEvents #ComingSoon #AkanDatang
A photo posted by Nora Danish Hanif (@noradanish) on

Wow! Wow!! Wow!!! Setelah hampir 10 tahun tanpa konsert berskala besar, Ratu Rock Negara @EllaAminuddin akan kembali menghiburkan peminat-peminatnya tidak lama lagi. Dapatkan tiket anda sekarang dan nikmati 15% diskaun untuk pembeli terawal (tiket diskaun adalah terhad). Pastikan temujanji anda bersama Ella dan temui anda di sana ๐Ÿ’‹ Tarikh : 16 April 2016 (Sabtu) Masa : 8.30 pm Lokasi : Stadium Malawati Shah Alam Tema Pakaian : Putih Hotline : 03 7880 7999 / 010 2707 456 Jualan Tiket Online : www.ticketpro.com.my Jualan Tiket di Outlets : Rock Corner, Victoria Music & Guitar Store Setiap RM 2 dari pembelian tiket anda akan disalurkan ke Tabung PEMADAM Selangor dan wang ini akan digunakan untuk menjalankan lebih banyak program anti dadah pada masa hadapan. Terima kasih Ella di atas sumbangan ini ! #KonsertElla2016 #JuaraTidakPerlukanDadah #ChampionsDontUseDrugs #RatuRockNegara #QueenOfRock #PemadamSelangor #AtlasOneEvents #ComingSoon #AkanDatang
A photo posted by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan