Fynn Jamal Dan Mia Sara Bergabung Jadi Duta


Ewah ewah, nampaknya semakin ramai selebriti tanah air dimurahkan rezeki dengan menjadi duta produk. Terbaru, pelakon cilik yang semakin meningkat remaja Mia Sara dan penyanyi yang cukup artistik, Fynn Jamal diangkat sebagai duta produk makanan tambahan kanak-kanak, Cereal Caliph- Nutrition For Eyes iaitu rangkaian produk Jus Caliph yang popular sebelum ini. Mengikut kenyataan syarikat Raffelina Sdn Bhd yang juga pengeluar produk berkenaan, pemilihan Mia dibuat berdasarkan pengaruhnya terhadap golongan kanak-kanak selain merupakan seorang yang matang dan bijak. Manakala Fynn Jamal  pula mempunyai pengaruh yang kuat di laman sosial, lebih-lebih lagi Fynn rajin berkongsi cerita cara dia membesarkan anaknya, Arjuna yang mempunyai penyakit Autisme yang dilihat sesuatu yang menarik untuk diketengahkan.


Menurut Pengarah Urusan Raffelinna, Muhammad Rafi’e Ramli, Cereal Caliph- Nutrition For Eyes adalah produk yang dapat membantu menajamkan penglihatan dan meningkatkan imunisasi tubuh badan kanak-kanak.

“Setiap bahan yang terkandung dalam Cereal Caliph mempunyai kehebatan tersendiri yang mampu membantu kanak-kanak membesar dengan kuat dan sihat. Antara bahan-bahan penting yang terdapat dalam produk ini ialah beta karotena, susu kambing dan maltodekstrin. Yang penting, produk ini dijamin halal dan selamat,” katanya.


Beta Karotena menyediakan 50% Vitamin A yang diperlukan dalam diet. Vitamin A adalah baik untuk penglihatan mata dan memberi imunisasi yang kuat terhadap kesihatan tubuh badan kanak-kanak. Ia juga menghindar daripada penyakit cirit-birit, asma dan demam. Manakala susu kambing pula mengandungi kalsium, fosforus,magnesium dan protein yang membantu kanak-kanak menguatkan tulang. Manakala maltodekstrin adalah gula kurang manis yang bertindak sebagai makanan tambahan yang menyediakan tenaga dalam badan.
Share on Google Plus

About Ewahewah Dotcom

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan